Monday, March 4, 2013

Pokok Anggur Berbuah tp sedikit Kecewa

Allahu Akbar.Walillah hil Hamd.


Pokok Anggur Masa Beli Tu variety Isabella Madu

Umur Pokok Dalam 3 tahun

AKhirnya Saya baru tahu. Rupanya anggur yang ku tanam  selama 3 tahun
nama veriety sebensr pokok ini ialah Isabella Asam keping.!

Pokok Buah Anggur kesayangan saya ni masam sungguh-sungguh. Dh lama cuba macam Cara nak memaniskan buah..Puas cari jawapan sampai sekarang xberjaya2 lagi.. Bila pergi refer kat jbtan pertanian.Diorang pun xpasti. Pergi kat Tempat benih anak benih dia pun pelik.Sebab pokok Induk buahnya manis...Pergi kat ladang Anggur Beris sik Kedah pegawai dia ckp we cant tell you.Our farm used secret fertilizer...Oh Man...

Saya rasa Mungkin Variety Lawiya kot..or salah baja..ntahla....please Help me if you all know...



Ni Pulak Jenis IAC .Umur 4tahun lebih.

Buah Anggur ni Pun sama jugak IAC Asam Keping..

Tp Alhamdulillah .Syukur sbb pokok berbuah jugak. Klu xberbuah lg teruk.tul x?


Prunning Pokok Lai (shinko Pear) Kat Tmn Tun Aminah

Dengan Nama-MU wahai TuhanKu, Aku Menulis..


Peniruan Musim Luruh dan Musim Sejuk supaya Pokok Temperate Berbunga dan Menghasilkan Buah.
Pokok Lai (shinko Pear) Sebelum Di Pangkas.Usia pokok 3 tahun ++
Tarikh Pemangkasan Pokok  : 18 /2/2013
Semua daun dan ranting pokok dipangkas dengan rakus dan tanpa rasa belas kasihan.



Pruning yang sempurna.. Daun dan ranting telah di trimkan.Pokok Telah dialihkan  ke kawasan redup (just pretend like Autumn Season)..Step seterusnya Akar akan di selimuti oleh guni.dahan akan sentiasa di siram..(Just Imagine Winter Time). Wa .Ilalliqa`

pruning pokok plum dibelakang rumah

Dengan Nama Tuhanku dan Tuhan Nabi Muhammad S.A.W



Pokok Plum Sebelum Prunning                                    Selepas Di Prunning (dipangkas)
























                                 




                       




















                                   

Pokok Buah Tin / Buah Fig / Buah Ara Belakang Rumah Di Johor Bahru




               




                




                    





                                                                          




                  





                    




   Paling Menyampah nak susun gambar kat blog .............Bosan tul..asyik xbetul ja kedudukan dia...

    Ini Gambar Pokok Fig yang berjaya ditanam di Belakang rumahku.. Variety pelbagai jenis. Benih dimport dan "diseludup" dari China dan Indonesia.....Semua pokok Fig ni Ditanam melalui Keratan Batang...Melalui pengalaman, Kos beberapa keratan batang fig dalam sekitar rm400..Termasuk Bayaran Fedex Curier ,E-Bay dan Bayaran Topup Digi..hehe..Masa dipos tu ada dalam 12 keratan batang.Yang berjaya hidup dan tumbuh hanyalah 4 batang sahaja.Asal minat terpaksalah tawakkal.Akhirnya Hidup Jugak 4 pokok.Sykur Alhamdulillah. Nak Harap Kat jabatan pertanian Malaya dan Mardi Malaya...Hampeh..

Oleh kerana tinggal dikawasan perumahan kami terpaksa tanam dalam pasu yang besar dan tong Drum.Alhamdulillah hidup elokja...Klu la dapat balik mengajar kat kampung halamanku kat kedai..tahu la aku kerjakan kat tanah belakang rumah.....Bila la PPDJB nk luluskan pertukaran aku ni???????.

Tuan-tuan yang ada modal dan nak buat Bisnes jual Anak Pokok Fig .tunggu Apa lagi.Jgn tunggu..Pokok ni senang nk dibiakkan dan dah terbukti hidup dengan baik di Malaysia..Pegi Indonesi dan China..Bwk balik benih Fig dan sebarkan pokok bertuah  ini kepada Masyarakat Islam di Malaysia. Pastu Tolongla Jual murah-murah kepada bangsa sendiri.Jgnla amik peluang utk cekik darah bangsa seagama kita sendiri.

 Pokok Tin telah Disebutkan Dalam Al Quran. Betapa hebatnya buah ni sehingga Allah bersumpah dengannya dan.Betapa Untung dan bertuahnya Jika Tuan-tuan ikhlas berusaha sebarkan Pokok ini kepada manusia..Sambil Berbisnes sambil promosikan Tumbuhan yang disebut dalam Alquran..

Tuan-Tuan klu nak datang tgok, jemputla datang ke tmn Ungku Tun Aminah .Skudai Johor Bahru. Xda bayaran masuk. Lillahi Taala dan kerana minat dan demi kerana Ilmu Pengetahuan.







Sapa-sapa yang berminat nk tanam pokok fig boleh order dari negara seberang indonesia boleh rujuk link-link di bawah.::

harga anak pokok
1. kecil > Ukuran 30cm hg mulai Rp. 65.000
2. Sedang > ukuran < 50cm hg mulai Rp. 95.000
3. Besar > 70cm hg mulai Rp. 125.000
4. Siap berbuah > tergantung jenis
http://pohontin.wordpress.com/jual-pohon-tin/
http://budidayabuahtin.blogspot.com/
www.pohon-buah-tin.blogspot.com

Cara Memaksa Pokok Temperate untuk Berbunga dan Berbuah..(pruning time)(pemangkasan pokok)


Bismillahirahmanirrahim.


Cara Memaksa Pokok Temperate untuk Berbunga dan Berbuah..(pruning time)(pemangkasan pokok)

Penanaman Pokok-pokok temperate agak memerlukan beberapa kaedah khusus untuk berbunga dan berbuah. Keadaan semulajadi dan karektor asal pokok temperate xberubah walaupun berada dimana sahaja dia tumbuh…

Klau kita faham karektor biologi sesuatu pokok mudah untuk kita mewujudkan suasana dan kondisi yang diperlukan oleh sesuatu pokok dan akhirnya mendapat hasil yang memuaskan.

Karektor pokok epal / pokok pear / pokok lai  dan plum

Karektor Spesis prunus ni seperti kebanyakkan pokok-pokok temperate ni ialah dia  memerlukan musim luruh (autumn season)dan musim sejuk (Winter season) untuk berbunga dan menghasilkan debunga pada musim bunga (spring season)   dan berbuah pada musim panas (summer Season) berikutnya

Masalah Negara kita xpenah pulak wujud iklim musim luruh dan musim sejuk. Jadi kita mesti tiru atau wujudkan suasana seperti dan seakan-akan musim luruh.. Bila tiba masa musim luruh semua daun-daun pokok temperate akan gugur .  Apa yang berlaku pada waktu ni, pokok temperate akan berehat dan tidak lagi menjalankan proses membuat makanan iaitu proses fotosintesis secara aktif.

Pada musim luruh jugak pokok-pokok temperate sedang mengumpulkan tenaga dan menghasilkan sel-sel penghasilan bunga jantan (sel polination) dan sel bunga betina (sel buah).

Nah, Iklim Negara kita sentiasa panas dan hujan hanya akan membuatkan pokok-pokok temperate terus menerus menjalankan proses fotosintesis sepanjang tahun. Jadi kita mesti  mencipta dan meniru suasana Musim Luruh dan Musim Sejuk kalau anda semua mahu pokok-pokok temperate anda berbunga dan berbuah.


Bila nak pruning atau pangkasa pokok temperate.?

Bagi pokok Pear/Lai / pokok epal / pokok peach  / plum masa yang paling sesuai ialah bila kita tengok pokok kita dah x kluarkan pucuk baru . pertumbuhan cabang dan ranting2 baru dah xada lagi.pertumbuhan pokok dah stop dan perlahan. Lepas tu beberapa  daun-daun muda gugur lebih awal dari daun yang dah lama.. itu bermakna pokok kita dah cukup ready nak berehat dan berbuah. Please Klu boleh jangan buat pruning semasa cuaca dan musim panas ..

Pokok pokok temperate ni klu kat Negara asal memang boleh dikatakan gugurkan daun mengikut masa yang  tetap. Tapi klu di Negara kita dengan cuaca yang xmenentu, tunning pokok temperate ni dah xteratur bila dia nk rest dan ready untuk berbunga.So kita kena perlu alert perhatikan dan tengok sifat-sifat pokok kita tu. Pokok Temperate mesti rest sebab nk kumpul nutrien untuk push flowering bud(tunas bunga).


Cara Pruning.

   2 minggu Sebelum  pruning kita perlu letakkan baja pembuahan npk 12:17:12:te/mg . Lepastu Kita perlu tolong pokok kita menggugurkan kesemua daun-daun dan kalau perlu sebahagian ranting-ranting pokok yang tidak perlu untuk mewujudkan suasana seperti dan seakan-akan musim luruh. Potong semua daun-daun pokok dan potong ranting-ranting sampingan yang tumbuh untuk mengurangkan penggunaan baja yang maksimum kepada pokok.

      So bila tanam pokok temperate ni saiz dan ketinggian pokok kita kena control. jangan biar terlalu besar dan tinggi.Klu dah melayut tinggi mmg sakit pinggang la korang nak panjat dan buang semua daun-daun yang ada. Setting pokok kita tinggi agak2 paras 2.5 hingga 3.5 dari tanah dah  cantik la tuh.

Bila dah potong dan buang semua daun alihkan pokok temperate ke kawasan yang kurang cahaya matahari dan sejuk.Letak je kat bawah bumbung parking kereta atau bawah naungan pokok rendang seperti pokok durian atau rambutan. Proses ni mudah klu kita tanam pokok temperate dalam pasu.

Klu tuan-tuan tanam atas tanah xboleh nak alihkan. So tuan tuan boleh beli jaring hitam kat nursery dan tutup /melitupi semua pokok dengan jaring hitam tu. Siram pokok dengan kerap untuk mewujudkan suasana sejuk dan dingin kepada pokok.
Satu cara lagi kita perlu sejukkan tanah dan akar pokok temperate. Kita  boleh letak guni atau kain yang dilembabkan menutupi atas akar dan pangkal akar pokok. Klu tinggal kat kampung korang boleh guna batang pisang yang dicincang..

1.   Bajakan pokok 2minggu sebelum
2.   Buang semua daun
3.   Potong ranting-ranting sampingan
4.   Naungkan pokok. Suasana Redup
5.   Siram utk sejukkan
6.   Sejukkan akar dengan kain lembab

Cara pruning pokok spesis prunus ni lebih kurang sama ja dengan pokok anggur dan kiwi.


P/s : masa memangkas ranting dan dahan please jgn potong ranting dan dahan-dahan utama .Jgn salah potong. Ia akan melemahkan dan menggangu pertumbuhan pokok dan pokok mungkin akan terbantut dan lepastu mati. Klu step betul dan pokok memang dah cukup matang , insyaallah selepas dua atau tiga minggu pokok anda akan mengeluarkan pucuk baru dan tunas bunga yang cantik….