Tuesday, May 28, 2013

Hobi Baru.. Cara masukkan Lebah kedlm kotak.


Bismillah...

Kawasan yang sesuai

Jika tuan-tuan ada kawasan yang lapang,ada pokok kelapa atau spesis palma. sawah padi,pokok bunga  maka tuan amat lah sesuai membela sang lebah .....sy bela belakang rumah taman rumah teres ok jerk..

lebah ni xgarang..dulu sy takut dan ingat menate lebah ni merbahaya. tp setelah bela lebah ni dh hampir 2 bulan ternyata lebah ni binatang yg baik,halus dan gentel...

lebah ialah binatang yang paling sistematik.berdisiplin dan terurus. Ada Permaisuri ada pengawal .ada tukang sapu sampah .ada tukang suap anak2.ada tukang bina rumah,ada tukang cari makan..dan yg paling hampehh ialah tukang mengawan .yang ni lebah boleh .manusia XLEH ,,..haram mutlak...hehe.

First time pergi tangkap lebah liar
Pelindung muka = mosquito net/kelambu pun boleh
Chinese wedding net
Pengasap lebah = kertas bekas telur ayam/sabut kelapa.janji  asap

Hasil tangkapan...Madu Lebah tempatan
Test pure honey..mantopp
Ambik madu dan amik coloni lebah skali...\
macam mana nk amik? meh sy ajaq sikit...


Mula-mula terjebak dalam kes bela lebah ni bermula bila pergi ke cameron highlans pi tgok bee farm. syok betui..satu2nya binatang ternakan yang kita xpyh bg mkn...bela keli kena bg pallet.bela kambing lembu kena cr pdg rumput.bela ayam kena bg dedak. lebah ni xde penyakit..xmcm ayam lembu...kandang reban pun cek  oii.

Buat kotak lebah murah ja ..sy sendiri pakai kayu dan papan yg terbuang ..modal pun rm2 ringgit
ja beli paku..klu reban kambing mau dekat rm30-40k


OK nk mula lebah ni ada 2 cara . yg pertama order ja colony lebah..tu pun klu tuan-tuan kaya .lebih kurang rm600-1200 satu kotak berisi dengan  lebah...tp sy xsuka mcmtu..buat apa buang2 duit..

yang kedua..bg org sederhana mcm sy xperlu beli mahal2.lagi pun kita just nk buat hobi main2 je..Cuba bayangkan klu kwn2 kita bela iguana , kucing parsi ,sugar glider ntah papalagi tu.Satu hari org tanya kita...hei bro ko xbela pet ke..time tu kita jawab..i bela lebah je....pehh bila kawan2 korang dengaq mau dia tabik spring 44 kali kat korang...

Ok..cara kedua ialah korang pergi cari jln2 ke pondok2 gazebo . kt pokok2. dalam pasu bunga yg diterbalikkan.kat celah2  dinding,celah2 almari celah bumbung...tempat selalu ada lebah ni biasanya kat taman bunga or hutan bandar tempat joging.kat  sekolah sy tu ada 2 pondok bacaan,kat situ ada 2 srg lebah..

bila dh jumpa srg lebah..ada peluang la anda semua nk bela lebah...lepas tu sediakan kotak haif / hive box yang betul..please jgn beli yg dh readymate kat pasaran .sebab kotak hive yg dijual agak besar dan xsesuai utuk APIS CERANA ...Hivebox yg dijual kat pasaran tu sesuai utk APIS MILLIFERA...

Lebah tempatan kita /APIS CERANA lebih tawadduk  dan hidup sederhana.depa suka rumah yg kecik2 ja.. saiz yg paling ideal ialah 1kaki lebar X 2kaki panjang X 1kaki tinggi. Sy just guna kotak kayu buah limau mandrin ..modified kotak tu ja...

Bila dah siap kotak ...bolehla pergi amik lebah.....

Pertamanya.pakai baju dan penutup kepala.sarung tangan.pastikan semua badan kita ditutup sepenuhnya..tp klu teringin nk kena sengat xpyh pakai.sbb xsakit sgt pun sengatan  lebah ni..


Baca doa minta kat Allah permudahkan urusan dan keselamatan dulu pastu .selawat keatas nabi. Petua nk amik lebah kita mesti hembus gentally.Tiup nafas kita kearah sarang lebah tu..Sifu sy ckp lebah tidak akan agresif bila dia bau hembusan nafas manusia.then bercakap dgn lebah...dok diam2.kami nk mai amik madu ni...kami nk amik sarang ja.....dok elok2 dok diam2... rasa mcm kurafat ke>? xkot.bukan puja apapun,cuma bercakap dgn lebah....sy dh buat ni Alhamdullillah.lebah xagresif dan xkena sengat pun.


Alat pengasap tu just standby je klu2 lebah terlalu agresif..hari tu kami xpakai pun alat pengasap.sebenarnya xelok sgt pakai alat tu.sbb kita menganiaya lebah.kami guna alat pengasap tu utk mengasap badan dan baju
kami supaya lebah xdtg sbb ada bau asap.



make sure lubang keluar masuk kotak lebah ditutup.... bila dh buka sarang lebah ambil semua sarang lebah tu potong di pangkal sarang lebah dengan pisau dan masukkan semua sarang kedalam kotak haif kita...pastu tutup..Batang kayu holder xpyh masukkan dulu...

Lepas dan stabil sikit,lebah dah cool down. Pilih sarang lebah, yang ada anak dan telur. Boleh nampak anak lebah mcm ulat.Ikat menegak sarang tu di bawah kayu holder dgn getah atau tali...

 Ikat dua sarang satu ada anak dan satu lg srg yg ada madu.utk mkn lebah2.


Paling kritikal ialah kena cari ratu lebah...bdn dia panjang dr lebah yang lain2.dlm byk2 lebah ada sekor ratu je.tp klu jumpa pun xkisah..tp klu jumpa lagi la bagus.



Bila dh jumpa ratu, tangkap dan ikat pinggan ratu lebah dengan benang dan ikatkan di kayu holder. Panjang benang tu dalam satu jengkal. Jgn risau dlm masa 3atau 4 hari benang tu akan digigit oleh lebah lain dan ratu akan terlepas....


Bila dah setel semua tu,tutup kotak lebah, dan bwak kotak lebah ke tempat baru. Jgn buka lubang keluar masuk .tunggu sehingga  4dan 5 jam baru buka lubang keluar masuk..


First time buka lubang keluar masuk, lebah akan keluar dan mengerumuni kawasan baru sehingga 2 hari. Tujuan lebah berkerumun di kawasan teersebut adalah untuk mengenali kawasan tersebut dan mengkordinasi altitud dan longitud kawasan tersebut..Selain dr tu lebah2 tersebut nk make sure kawasan tersebut selamat utk di huni...

Makesure lubang keluar masuk menghala  ke arah matahari terbit...Sikap semulajadi lebah ialah lebah pekerja akan mula bekerja dan aktif hanya apabila ada cahaya masuk ke dalam lubang keluar masuk..Klu lubang keluar masuk tidak menghala ke arah matahari terbit,lebah lambat aktif utk keluar bekerja mencari madu..Kebanyakkan bunga akan mengeluarkan .menghasilkan polen/debunga sekitar pukul 7pagi hingga 9pagi. klu lebah lambat keluar untuk mencari madu, colony lebah akan rugi dan menjadi semakin lemah.....






Monday, May 27, 2013

Hobi baru..Bela Lebah..Kotak Lebah

Dah lama teringin nk bela lebah sebenaqnya..tp mungkin korang2 semua pun sama dengan sy kompom xtau sgt macmmana  nak start nk bela lebah...Alhamdullilah skrg sy dah tau nk bela lebah dn sy dah bela lebah belakang rumah kat taman tun Aminah JB.Jadi dh tiba masanya sy nk kongsi ilmu dgn kwn2 semua tentang nk bela lebah....

sebelum aku crita lebih lanjut tngok gambaq ni dulu..





Mengenai Lebah

Ada 3 spesis lebah yang menghasilkan madu  .. 

Pertama lebah liar kat hutan we call APIS DORSATA..org kampung ckp kebah hutan atau lebah pokok tualang...lebah jenis ni xleh bela sbb dia spesis ortodox sikit.liar, ganas dan.xsuka tinggal berhampiran dengan manusia.tetapi paling lebah DORSATA ni banyak menghasilkan madu berbanding lebah2 lain.

Yang Kedua lebah APIS CERANA.orang kampung paling lebah KERAN atau  lebah air gula atau bahasa pertanian sebut lebah local. Lebah ni boleh bela dan agak sesuai untuk dibela secara skala kecil-kecilan ataupun hobi mcm sy ni...Klu nk buat penternakan secara serius mungkin agak kurang sesuai..

Yang Ketiga lebah APIS MILLIFERA atau disebut lebah eropah...Spesis ni berasal dari Eropah dan lebih besar dr lebah CERANA dan lebih produktif menghasilkan madu dari Apis cerana. tapi lebah ni  ada kelemahan jugak.Kuat makan dan xtahan sgt cuaca panas negara kita.mungkin kat tanah tinggi mcm cameronhighlands sesuai bela lebah jenis ni..satu lagi lebah eropah ni gemuk.terbang slow ..so kemungkinan mati disambar burung2 tempatan Malaysia lebih tinggi berbanding Apis cerana



First Of all nk bela lebah .kita mesti ada rumah lebah..Ni antara konsep penting untuk bina kotak lebah.

  1. kotak diperbuat daripada kayu yang tahan dr air. Playwood cikai2 xleh...
  2. Kotak mesti ditutup sepenuhnya..
  3. Mesti ada lubang keluar masuk
  4. mesti ada landing site.tempat mendarat dihadapan lubang keluar.
  5. mesti ada lubang  utk pengudaraan angin.
  6. Saiz kotak untuk Apis Cerana kecil berbanding Apis Millifera. lebih kurang 1kali lebar x 2kaki panjang x 1kaki tinggi.
  7. dalam kotak kena sediakan kayu untuk hold sarang lebah lebar kayu 1 inci


Sunday, May 26, 2013

Graft/ kawin pokok Lai / pear

 
Buang daun yang xdiperlukan







Pokok dah gondol



















Tunas mesti sama saiz dgn btg anak pokok
Potong mata tunas batang pokok lai newcentury






















Slice kulit anak pokok lai dn cantumkan
Ni dia rupanya tunas yang telah dipotong





















Balut cantuman mata tunas dengan plastik

>.Insyaallah Dengan izin Allah cantuman akan berjaya dan pokok akan mengambil masa 2minggu lebih hingga sebulan lebih untuk sembuh dh pulih sepenuhnya.

Klu dah berjaya anak pokok yang telah dicantum dgn baik mampu berbuah selepas tempoh 6 bulan hingga setahun bergantung saiz dan nutrien yang kita beri.Insyaallah.. amin....

Batang Pokok Lai NewCentury dari Canada

Asslamualaikum

                 18.04.2013  baru-baru ni ada kawan punya jiran balik dari Canada.kami buat muka kesian sbb nak pesan batang pokok epal dan lai yang dh matang dari sana.
 
           Seperti yang dijanjikan...sy dpt beberapa batang pokok lai newcentury...spesis ni lebih baik dari spesis century ..Buah dia lebih manis , besar dan cepat masak...berbanding buah lai shinko dr taiwan mengambil masa hampir 6 bulan baru boleh petik. Bayangkan setengah tahun kena tunggu baruleh mkn buah dia.Spesis Century dan NewCentury mengambil masa 4bulan....

             Batang pokok epal sy xambil sbb pokok epal sy masih kecil .xleh nkgraft lg..rasa rugi sgt2.nak-nak lg batang pokok epal crab...epalcrab ni cute buah dia kecik2 dan tangkai panjang like buah cerry.




           Batang pokok Lai Newcentury di simpan dalam cooler bag selama lebih dr 18jam penerbangan dr Canada, Alhamdullillah lepas dan dibenarkan masuk ke Malaysia dengan alasan nak buat ubat akar kayutradisional.Cooler bag ni bagus utk kekalkan suhu supaya sel batang pokok xmati.

Satu cara lg yang biasa kami guna ialah guna bekas air termos ...





 Sebenar nya batang2 ni agak lemah sbb kat canada pokok2 dh mula berpucuk. masa musim sejuk adalah masa yang paling baik untuk bawak balik keratan btg sbbtime winter pokok dh xada daun dan cukup rehat..

Tp Nak buat macammana .ini pun dh besar nikmat dah member tolong bawakkan.xkiralah apa musimpun janji ada ...xkan nk suruh dia balik ikut time musim sejuk ja...ikut sukahati dialah nk balik bila pun..ye x?

Orait....


Rupa Biji Plum / peach/ Nectarine/ Cery yang dh bercambah

Bismillahi l`azim

Setelah menunggu hampir 4 bulan  lamanya hanya satu biji buah peach yang bercambah dalam  peti ais.buah plum belum bercambah lg

Biarpun hanya satu biji jer.tp dah cukup puas..mungkin biji2 yang lain akan bercambah tak lama lg..





Nilah rupa dia anak pokok peach yang baru tumbuh...