Monday, May 19, 2014

Anak tut Pokok tin BTM6 HYBRID utk dijual 19 Mei 2014 rm120

Hubungi sy jika tuan / berminat
Fauzan : no tel /  what apps : 0167577559
Facebook : fauzan adenan








Wednesday, May 7, 2014

cara cara penjagaan tanaman fig (separa lengkap)

Assalamualaikm waraatullahi wabarakaatuh

Cara penjagaan pokok tin/fig mengikut pengalaman sy dan perkongsian dengan kawan2 di internet dan hasil test dan expriment drpd kwn2 di group tin Malaysia di facebook




Penyediaan medium

1. Sebelum menanam anak pokok yang dibeli . Sediakan medium yang baik.pasu yg sesuai Minimum 10inci hingga 15inci dan 21 inci diameter

2. Saya hnya menggunakan tong cat 18liter dgn saiz 12inci iaitu 1 kaki .

3 Medium yang  terbaik (hasil perkongsian dgn kwn2) ialah  1beg tanah merah bakar nursery dicampur 2 beg tanah hitam kompos atau tanah hitam campuran

4.Perkara yg paling penting dlm Penyediaan tanah medium ialah proses merehatkan tanah selama 2 minggu. Kenapa perlu rehatkn selama dua minggu? Kebiasaannya element2 dan unsur nutrients yg terkandung dlm tanah biasanya akan habis atau selesai bertindakbalas atau selesai proses penguraian yang sempurna .

5. Selain proses merehatkn tanah .tahap/ nilai ph tanah jugak perlu dititik beratkan. Menurut pembacaan saya di internet .nilai ph utk tanaman fig yg optimum dan terbaik adalah pada nilai ph 6.3-6.5 utk pertumbuhan akar dan daun yang baik. 

6. Cara mudah utk menentukan nilai ph medium to kita ialah dgn menggunakan kunyit . Atau dengan menggunakan ph soil meter or tester (murah rm35 china).( japan rm350) sekiranya xada alat tersebut. Cara alternatif ialah dgn menggunakan kunyit.

Rujukan
Pejabat Pertanian Daerah Kapar

7. Pastikan saliran air sgt2 berkesan dan 
Baik

8. Siram 2 hari sekali untuk neutralkan ph dan memeriksa tahap saliran air dlm pasu.

9. Sedikit maklumat tambahan . Saya gunakn kulit kerang setebal 4 to 5 inci pada bahagian bawah  dalam pasu sebelum saya masukkan medium tanah .Insyallah saliran air dlm pasu menjadi lebih baik. Kaedah ni jgk dpt mengelakkan hujung akar pokok matang menjadi cepat rosak akibat berada pada temporary kelembapan yang lama

10. Bagi saya tanah kompos buat sendiri adalah yang terbaik utk memacu pertumbuhan anak pokok fig pada kadar maksium pada peringkat awal.

Klik disini  Buat Tanah Kompos Sendiri


Pemilihan Benih

1. Perkara ini sebenarnya subjektif  .tapi sy cuba senaraikan  beberapa variety pilihan untuk beginner yg rajin berbuah .sedap dan mudah dijaga.




  • Khurtmani/red israel 
  • Tena
  • Brownturkey
  • Purple jordan/purple yordan
  • Btm6 Hybrid
  • Texas everbearing 
  • Brunswik/ Yellow wuhan
  • Negrune
  • Conadria
  • Xinjiang
  • Lsu gold
  • Maria
  • Taiwan Golden fig
  • Masui dauphine

2. Menyemai keratan fig ada banyak kaedah. 

  • Semaian konvesional Menggunakan tanah dirawat.
  • Semaian menggunakan cocopeat/sabut kelapa hancur.
  • Semaian menggunakan larutan hormon
  • Semaian menggunakan kompos daun reput.
  • Semaian menggunakan beg plastik
  • Semaian menggunakan wap air dlm  bekas tupperware.
  • Semaian menggunakan kotak polistrin
  • Semaian menggunakan perlite
  • Semaian menggunakan tisu lembab
  • Semaian menggunakan sekam bakar
Semua kaedah semaian ini berkesan sekiranya unsur2 kulat / fungus, bakteria, gnat Dan nematode dalam di elakkan dan dihapuskn semasa proses /rooting dilakukan. 

Selain itu kelembapan medium semaian sgt2 penting agar bantang dan akar tidak busuk dan rosak.. skala kelembapan ialah 1 hingga 3  ( kering  0 <   > 10 sgt basah)

Tips : semai keratan secara sendeng atau secara mendatar.


Pada kebiasaanya  semaian fig mengambil 3 hingga 4 minggu .bergntung kepada tahap kesegeran , keadaan keaktifan sel .saiz dan umur .dan nutrients sedia ada dlm keratan tersebut.

Setelah akar muncul dan byk .kita perlu pasti bahawa akar tersebut benar2 kuat dan matang. Biasanya akar yg muda berwarna putih dan akar yg mulai matang berwarna kekuningan gelap . Akar yg paling matang ialah berwarna coklat kehitaman. 

Fasa akar muda


Fasa akar separa matang



Proses memindahkn anak semaian

  Setelah anak semaian sudah sedia utk dipindahkan. Medium tanaman sepatutnya di sediakan 2 minggu sebelum memindakan .  Tanah yg tidak di rawat atau tanah yg baru dibeli  kadangkala mempunyai masalah sehingga menyebabkn anak pokok semaian mati.

Antara sebab utama ialah tanah baru 
1. Kandungan baja yang terlalu tinggi
2.  Proses penguraian kompos belum lengkap