Showing posts with label Pokok Anggur. Show all posts
Showing posts with label Pokok Anggur. Show all posts

Saturday, September 7, 2013

Klip Baju untuk membuat sungkupan Rooting Proses..

Sapa Ada Klip Baju Lebih ? Please Anybody?


      Ok .Dalam post ni sy nk cerita tentang Sungkupan.. .Sungkupan sangat penting dalam proses Pengakaran sesuatu keratan batang seperti Keratan batang yang agak mahal seperti Pokok Tin,keratan anggur..Satu cutting Fig/Tin boleh mencecah 20USD iaitu bersamaan dengan rm72.00.. 

     klu salah teknik keratan yang mahal itu akan mudah rosak dan mati.. kalau keratan pokok ubi kayu , roselle xpyh la nk sibuk2 sgt Cucuk je.hidup ke xhidup kita xlah risau sgt.

contoh cutting fig dan zaitun
yang Rosak semasa menyemai. (Rm150 melayang)

  Sungkupan akan menyebabkan ruang udara dalam medium tanaman menjadi sentiasa lembab. Sungkupan yang baik ialah apabila kita dalam melihat wap2 air atau peluh air terhasil dlm kawasan sungkupan.. Ini dapat mengelakkan keratan batang tanaman daripada kering dan kehilangan air dgn cepat dn menyebabkan sel keratan btg mengecut dan mati..

 Jika kita menggunakan medium pengakaran yang dibaja dengan larutan baja lengkap fertigasi..wap2air/ peluh akan menyebabkan akar terbentuk dengan sangat aggresif .Keadaan ini seperti pada konsep penanaman Fertigasi aruhan Udara (aeroponic System)


Peluh . wap2 air terbentuk
disekeliling Sungkupan

Contoh Sungkupan menggunakan Cup Minuman..




Untuk makluman bersama sungkupan pada medium tanaman seperti tanah dan bhan2 kompos harus berhati2..pastikan medium tanah campuran yang hendak digunakan bebas daripada fungus atau kulat.. kerana sungkupan pada medium tanah akan mempercepatkan serangan fungus atau kulat pada keratan pokok yang disemai. 

Sungkupan dalam Pasu
Sungkupan pada medium Tanah

Wednesday, July 24, 2013

Petua Utk memaniskan buah Anggur.

Bismillahirrahmanirrahim.

Barik Lana fi Ramadhan (berkatilah Kami Pada bulan Ramadhan)


3hari-lepas. Ada kwn dtg Rumah Cari Daun pokok bidara.Katanya
nak buat ubat Cara Perubatan Islam.

Kita orang P Cari Kat nursery xjumpa.
Then dah putus Asa drive balik Rumah.

Ondeway Nak blik Rumah, Saya ternampak Kat -sebuahrumah ada pokok ditanam dalam pasu.
Paling X sangka sebelah pasu PoKok bidara tu ada Pokok anggur yang rimbun buahnya.

Apalagi Kami terus mintaizin utk ambil 7helai daun bidara.

Nabi Pernah berPesan gunakan daun pokok bidara utk menghalau jin. So sapa2 yg ada ganguan jin elok la tanam pokok bidara.

Dlm perubatan islam daun bidara di buat mandi dan basuhan muka.digunakan juga utk mandi jenazah. Kaum jin xsuka kpd pokok ni.mungkin seperti ular yg xsuka kpd pokok buluh.



Back to the topic .I ask the onwer its your grape sweet. She said actualy my grape was very sour n bad taste. But now she said my grape r very sweet n tasty ,

CARA MEMANISKAN ANGGUR

Dia menggunakan GREEN TEA sbg baja . Aunty tu ada ckp jgn guna sebarang baja kimia utk pokok anggur.


Cara dia rendam 2 uncang teh hijau dlm bekas seperti periuk msak naSi.siram je 2 hari sekali.


Satu lagi petua ialah


Guna air sayur jeruk Cina.utK maniskan pOkok anggur.

mintak je air ni dari taukey kedai sayur.

1/4 cup air-jeruk  campur 1liter air.

gunakan 6bulan sekali'.

.selamat mencuba



Monday, March 4, 2013

Pokok Anggur Berbuah tp sedikit Kecewa

Allahu Akbar.Walillah hil Hamd.


Pokok Anggur Masa Beli Tu variety Isabella Madu

Umur Pokok Dalam 3 tahun

AKhirnya Saya baru tahu. Rupanya anggur yang ku tanam  selama 3 tahun
nama veriety sebensr pokok ini ialah Isabella Asam keping.!

Pokok Buah Anggur kesayangan saya ni masam sungguh-sungguh. Dh lama cuba macam Cara nak memaniskan buah..Puas cari jawapan sampai sekarang xberjaya2 lagi.. Bila pergi refer kat jbtan pertanian.Diorang pun xpasti. Pergi kat Tempat benih anak benih dia pun pelik.Sebab pokok Induk buahnya manis...Pergi kat ladang Anggur Beris sik Kedah pegawai dia ckp we cant tell you.Our farm used secret fertilizer...Oh Man...

Saya rasa Mungkin Variety Lawiya kot..or salah baja..ntahla....please Help me if you all know...



Ni Pulak Jenis IAC .Umur 4tahun lebih.

Buah Anggur ni Pun sama jugak IAC Asam Keping..

Tp Alhamdulillah .Syukur sbb pokok berbuah jugak. Klu xberbuah lg teruk.tul x?


Cara Memaksa Pokok Temperate untuk Berbunga dan Berbuah..(pruning time)(pemangkasan pokok)


Bismillahirahmanirrahim.


Cara Memaksa Pokok Temperate untuk Berbunga dan Berbuah..(pruning time)(pemangkasan pokok)

Penanaman Pokok-pokok temperate agak memerlukan beberapa kaedah khusus untuk berbunga dan berbuah. Keadaan semulajadi dan karektor asal pokok temperate xberubah walaupun berada dimana sahaja dia tumbuh…

Klau kita faham karektor biologi sesuatu pokok mudah untuk kita mewujudkan suasana dan kondisi yang diperlukan oleh sesuatu pokok dan akhirnya mendapat hasil yang memuaskan.

Karektor pokok epal / pokok pear / pokok lai  dan plum

Karektor Spesis prunus ni seperti kebanyakkan pokok-pokok temperate ni ialah dia  memerlukan musim luruh (autumn season)dan musim sejuk (Winter season) untuk berbunga dan menghasilkan debunga pada musim bunga (spring season)   dan berbuah pada musim panas (summer Season) berikutnya

Masalah Negara kita xpenah pulak wujud iklim musim luruh dan musim sejuk. Jadi kita mesti tiru atau wujudkan suasana seperti dan seakan-akan musim luruh.. Bila tiba masa musim luruh semua daun-daun pokok temperate akan gugur .  Apa yang berlaku pada waktu ni, pokok temperate akan berehat dan tidak lagi menjalankan proses membuat makanan iaitu proses fotosintesis secara aktif.

Pada musim luruh jugak pokok-pokok temperate sedang mengumpulkan tenaga dan menghasilkan sel-sel penghasilan bunga jantan (sel polination) dan sel bunga betina (sel buah).

Nah, Iklim Negara kita sentiasa panas dan hujan hanya akan membuatkan pokok-pokok temperate terus menerus menjalankan proses fotosintesis sepanjang tahun. Jadi kita mesti  mencipta dan meniru suasana Musim Luruh dan Musim Sejuk kalau anda semua mahu pokok-pokok temperate anda berbunga dan berbuah.


Bila nak pruning atau pangkasa pokok temperate.?

Bagi pokok Pear/Lai / pokok epal / pokok peach  / plum masa yang paling sesuai ialah bila kita tengok pokok kita dah x kluarkan pucuk baru . pertumbuhan cabang dan ranting2 baru dah xada lagi.pertumbuhan pokok dah stop dan perlahan. Lepas tu beberapa  daun-daun muda gugur lebih awal dari daun yang dah lama.. itu bermakna pokok kita dah cukup ready nak berehat dan berbuah. Please Klu boleh jangan buat pruning semasa cuaca dan musim panas ..

Pokok pokok temperate ni klu kat Negara asal memang boleh dikatakan gugurkan daun mengikut masa yang  tetap. Tapi klu di Negara kita dengan cuaca yang xmenentu, tunning pokok temperate ni dah xteratur bila dia nk rest dan ready untuk berbunga.So kita kena perlu alert perhatikan dan tengok sifat-sifat pokok kita tu. Pokok Temperate mesti rest sebab nk kumpul nutrien untuk push flowering bud(tunas bunga).


Cara Pruning.

   2 minggu Sebelum  pruning kita perlu letakkan baja pembuahan npk 12:17:12:te/mg . Lepastu Kita perlu tolong pokok kita menggugurkan kesemua daun-daun dan kalau perlu sebahagian ranting-ranting pokok yang tidak perlu untuk mewujudkan suasana seperti dan seakan-akan musim luruh. Potong semua daun-daun pokok dan potong ranting-ranting sampingan yang tumbuh untuk mengurangkan penggunaan baja yang maksimum kepada pokok.

      So bila tanam pokok temperate ni saiz dan ketinggian pokok kita kena control. jangan biar terlalu besar dan tinggi.Klu dah melayut tinggi mmg sakit pinggang la korang nak panjat dan buang semua daun-daun yang ada. Setting pokok kita tinggi agak2 paras 2.5 hingga 3.5 dari tanah dah  cantik la tuh.

Bila dah potong dan buang semua daun alihkan pokok temperate ke kawasan yang kurang cahaya matahari dan sejuk.Letak je kat bawah bumbung parking kereta atau bawah naungan pokok rendang seperti pokok durian atau rambutan. Proses ni mudah klu kita tanam pokok temperate dalam pasu.

Klu tuan-tuan tanam atas tanah xboleh nak alihkan. So tuan tuan boleh beli jaring hitam kat nursery dan tutup /melitupi semua pokok dengan jaring hitam tu. Siram pokok dengan kerap untuk mewujudkan suasana sejuk dan dingin kepada pokok.
Satu cara lagi kita perlu sejukkan tanah dan akar pokok temperate. Kita  boleh letak guni atau kain yang dilembabkan menutupi atas akar dan pangkal akar pokok. Klu tinggal kat kampung korang boleh guna batang pisang yang dicincang..

1.   Bajakan pokok 2minggu sebelum
2.   Buang semua daun
3.   Potong ranting-ranting sampingan
4.   Naungkan pokok. Suasana Redup
5.   Siram utk sejukkan
6.   Sejukkan akar dengan kain lembab

Cara pruning pokok spesis prunus ni lebih kurang sama ja dengan pokok anggur dan kiwi.


P/s : masa memangkas ranting dan dahan please jgn potong ranting dan dahan-dahan utama .Jgn salah potong. Ia akan melemahkan dan menggangu pertumbuhan pokok dan pokok mungkin akan terbantut dan lepastu mati. Klu step betul dan pokok memang dah cukup matang , insyaallah selepas dua atau tiga minggu pokok anda akan mengeluarkan pucuk baru dan tunas bunga yang cantik….






Thursday, February 21, 2013

SUMBER SEL POKOK TEMPERATE MATANG UTK DI GRAFTKAN





Cari, Mintak, Merayu , Menangis atau beli ranting Pokok Temperate (Fruitstock)

Jika tuan-tuan pergi melancong ke luar Negara tempat asal variety pokok temperate jangan lupa pergi cari or mintak or beli ranting-ranting Pokok temperate yang dah matang bawa balik ke Malaysia…Pastu graftkan dengan pokok root stock yang tuan-tuan telah semai lebih 6bulan keatas..

KLu tuan-tuan xpandai buat graft , kita bawak ke anak pokok kita ke nursery tempatan.then upah pekerja nursery tu graftkan untuk kita….kan mudah keja tu….Tp alangkah nikmatnya jika kita sendiri yang buat…kita semai biji .kita yang kawinkan pokok kita. Lepastu kita tuai buah yang kita tanam sendiri….Subhanaallah..


Klu kita p China lebih baik masuk ke kawasan-kawasan kampung. Mintak je ranting kat penduduk kampung Insyaallah diorang bagi…Tp klu boleh lebih baik tuan-tuan pergi pada musim sejuk. Sebab ranting pokok-pokok Temperate dan gugur daun dan pokok-pokok  tgh rest or hibernate untuk tempoh satu musim..

Klu stakat pokok epal dan Lai. Tuan-tuan dan puan-puan xpayahla sampai nak p Africa selatan…Kat Pusat pertanian MArdi Cameron ada..Dulu masa umur 16tahun sy wat muka kesian ja pergi bawak pokok epal saya ke pusat tu, Pastu merayu kat pekerja pusat pertanian Mardi suruh graftkan untuk saya. Tp skrgni xtau la .Korang kena pandai buat ayat manis kot..Sayangnya bila pergi belajar kat university pokok mati kerana tak dijaga dengan baik……………….

Ada kawan cakap Kat Cameron highlands ada sebuah hotel  yang tanam pokok Lai. Pokok tu besar dan hidup subur..Kawan saya minta ranting pokok tu .Dia dah graft, memang menghasilkan varieti buah yang manis dan besar..

 Bagi sapa-sapa yang tinggal kat utara boleh berkunjung ke Balik Pulau…Ada satu tempat tu dia buat taman buah-buahan tempatan….Kat situ ada beberapa pokok temperate seperti Shinko Lai dan Pokok plum.dan Pokok Epal..

Ingat! Target kita hanya nak ranting yang separa tua. Ranting atau mata tunas yang baru bertukar warna hijau ke warna coklat muda



Panduan mengambil  / menyimpan  Ranting Pokok Matang  dengan selamat.. ………..

·         Pilih Ranting yang sihat 
·         Potong ranting lebih kurang satu kaki  
·         Buang semua daun. Simpan pucuk yang paling hujung
·         Seal  dengan Cat di hujung keratan ranting. Apa-apa jenis cat. KLu time travel xde cat .Guna je butter marjerin.or keju kat hotel tu .Klu xder boleh guna tanah lumpur/tanah liat dikepal                                                                                                              
·         Balut dengan towel  / kain lembab. Tisu lembab pun boleh. Please jgn terlalu banyak air..
·          Seal dalam plastik bersih. Plastik wrap is the best                          
·         Option :: simpan ranting yang dah diseal dalam cooler beg… then ..Letak ais kiub ..

P/s…
Target paling utama yang perlu kita ambil berat ialah mengekalkan kelembapan cecair
dalam tisu ranting tu..Klu dah kering, sel tisu ranting atau mata tunas akan mati dan tidak dapat recovery selepas kita membuat camtuman mata tunas ataupun cantuman ranting……….

SEL DNA POKOK MATANG VS POKOK MUDA

SEL DNA Pokok MATANG VS Pokok MUDA..



Cantuman pokok tanaman Boleh dilakukan pelbagai cara…..Bagi pokok buah temperate , kaedah Cantuman ranting atau cantuman baji (cleft graft) dan cantuman mata tunas(bud grafting) amatlah berkesan dan mudah serta cantuman yang dibuat cepat pulih…… Search je kat Youtube.com . Insyaallah pandai….


 Pokok muda (6bulan keatas) Boleh dipilih sebagai pokok penanti (rootstock) kerana selnya akar giat berkembang dan selnya Kulit dan batangnya cepat pulih apabila dilukai semasa proses camtuman waimma ketika kena serangan perosak..…

Sel Pokok Matang yang telah terbukti mempunyai kualiti buah yang terbaik pula dipilih sebagai Pokok klon yang akan menghasilkan buah.

Sel Pokok Matang mengandungi maklumat  DNA yang penuh dan tepat daripada pokok induk .Mungkin 100% maklumat DNA pokok induk akan diwarisi.. Oleh sebab itu, buah yang akan dihasilkan nanti Insyallah (dengan Izin Allahu Subhanahu Wata`ala) sama kualitinya…

Paling penting tentang sel Pokok Matang ni ialah Mengandungi Maklumat DNA UMUR sel Pokok asal..… Jadi bila kita kawinkan pokok .ini bermakna kita menukar  status DNA umur anak pokok yang baru berusia 6bulan kepada usia DNA sel pokok yang telah matang seperti  5tahun atau 10tahun….Kesannya pokok temperate atau pokok buah-buahan tempatan kita akan cepat berbuah jika digraftkan ..klu pokok lai / pokok pear dan pokok plum lebih kurang 2 – 3tahun dah boleh berbuah.




Bayangkan Sifu sy sanggup pegi Canada hanya untuk mengambil batang pokok plum untuk di graftkan dengan pokok kat rumah dia…Bila dah sampai kat KLIA kena check dalam beg ada batang pokok.Diorang ckp kna rampas sbb xboleh bawak masuk pokok ke dalam Negara… Atlast sifu sy cakap,, batang pokok ni bukan nk tanam.tp just nak  ubat..then baru lepas…  see you Whats kind of our policy??

Klu tuan-tuan xpercaya tuan-tuan boleh check kat internet sejarah Tuan Ladang Pokok Epal di Bakalalan…http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/215-usahawan-tani/3783-rahsia-epal-bakelalan.html Dia sendiri mengaku telah menyeludup pokok epal dari Malang Indonesia untuk di kawinkan dengan pokok epal liar…You see ..our policy xbagi perkara tu berlaku..But at the end, Ladang Pokok Epal Bakalalan Sabah sekarang di puji-puji sebab kejayaannya mengusahakan tanaman epal…


KENAPA PERLU KAWIN POKOK?


Bismillahi Ar-Razak

Kawin Pokok… Cantuman Pokok……(Grafting Tree)..

Kali ni saya nak kongsi sikit pengetahuan saya tentang grafting … Orang kampung saya kat utara sebut kawin pokok ja…

Kenapa perlu kawin?

Proses graft pokok ni sgt penting bagi pokok tanaman ..terutamanya pokok-pokok temperate  . Tanpa grafting atau cantuman , Pokok yang kita sayangi mungkin xdapat menghasilkan buah dan bentuk pokok yang kita idamkan.. Pokok tanaman yang tidak dikawinkan akan mengambil masa yang terlalu lama untuk berbuah berbanding pokok tanaman yang telah dikawinkan dengan prosedur yang betul.

Sebagai pokok epal yang ditanam melalui biji dan tidak digraftkan akan mengambil masa untuk matang dan berbuah dalam masa lebih kurang 8-10 tahun..Selaintu juga, saiz pokok epal tadi akan tumbuh merimbun dengan kanopi yang besar dan terlalu tinggi mencapai awan-awangan…hehe.. 

Bila dah jadi mcmtu byk masalah yang akan timbul…Klu dah tinggal kat area single storey house mcmmana nak tanam pokok yang besar dan tinggi? maybe sapa-sapa yang mempunyai rumah Corner lot ok kot….Lagi satu masalah ,bila dah pokok tu tinggi susah kita nk buat proses prunning (proses peniruan musim luruh)atau pun proses memaksa pokok kita supaya berbuah….nnti  Insyaallah kita akan sembang fasal prunning plak..

Selain tu jugak pada post yang lalu saya tulis tentang proses penyalinan kod DNA sel sesuatu pokok kepada sel biji buahnya mungkin terganggu dan berubah…Jadi sapa-sapa yang fhm hal ni akan mendapati pokok yang ditanam biji sepenuhnya sehingga matang mungkin akan menghasilkan buah yang masam dan saiz yang agak kecil berbanding buah pokok induk..Jadi cara terbaik ialah dengan cantuman antara pokok tanaman..

Monday, February 18, 2013

HOBI POKOK TEMPERATE

Assalamualaikum W.B.T



Tujuan blog ni untuk berkongsi dgn kwn2 semua yang sama minat tentang pokok temperate yang tak banyak  orang kita tanam dan jaga.

ok saya xnak tulis byk2 sbb sy mmg xtau menulis blog. Lebih  senang straight foward to the point.


Dalam blog ni saya nk crita tentang pokok temperate atau senang cakap pokok-pokok buah luar negara  seperti pokok Epal.pear, Peach dan Fig atau dikenali buah Tin dalam kalangan kita..


Tak boleh hidup / tak sesuai.


"Mana boleh hidup boh,klu hidup pun tak lama ,klu hidup lama pun gerenti tak berbuah. klu berbuah pun confirm buahnya masam"


Perkataan dan ayat-ayat  ni dah lama menipu kita termasuk saya sejak saya umur 8 tahun dulu orang-orang dewasa termasuk ayah saya sendiri. Tapi tak boleh nak salahkan mereka sebab diorang pun xtau.


Sebenarnya pokok temperate mmg boleh tumbuh dan hidup subur dan berbuah manis. klu xpercaya jemput la datang ke rumah saya di taman ungku tun animah Skudai Jb. Ni no tel saya :0167577559..Saya bawa pi tengok kat mana pokok temperate yang hidup subur dan berbuah..Ok...



Tak suka kongsi ilmu sebab Duit


Masaalah orang kita mmg susah nk kongsi ilmu yang Allah kurniakan kepada orang. Tambah-tambah pulak ilmu tu sangat baik dan boleh menguntungkan diri... Kenapa kita tak boleh ikut dan tiru sifat dan  sikap Nabi junjungan kita Muhammad Al Amin iaitu Amanah dan Tablig (menyampaikan ilmu/akhlak). 

Sebagai contoh, kita tanya seseorang tu how to make something yang dia mmg tahu dan pandai buat, maybe dia akan cakap xboleh ini rahsia family turun temurun or kalau dia bagi tau pun maybe ada satu bahan dia tak bagi tau ataupun proses buat yang salah dan tak sempurna.

Paling xpuas hati tentang hobi gardening. Kira-kira 4 tahun dulu popular tentang tanaman secara fertigasi. Saya search kat internet about fertigation system. Bila search kat web orang kita , ini jawapan yang kita akan dapat...sapa-sapa yang nak tahu tentang sistem ni boleh daftar nama kita akan buat kursus fertigasi untuk 2 hari  dan bayaran anggaran dalam rm200 something...nilah sikap orang kita yang alim/arif lagi bijaksana tentang ilmu tanaman.

Minta maaf kawan-kawan sebab melalut. Ini luahan perasaan yang terpendam selama 27 tahun hidup kat muka bumi Allah ni.