Bismillahirahmanirrahim.
Cara Memaksa Pokok
Temperate untuk Berbunga dan Berbuah..(pruning time)(pemangkasan pokok)
Penanaman Pokok-pokok temperate
agak memerlukan beberapa kaedah khusus untuk berbunga dan berbuah. Keadaan
semulajadi dan karektor asal pokok
temperate xberubah walaupun berada dimana sahaja dia tumbuh…
Klau kita faham karektor biologi
sesuatu pokok mudah untuk kita mewujudkan suasana dan kondisi yang diperlukan
oleh sesuatu pokok dan akhirnya mendapat hasil yang memuaskan.
Karektor pokok epal /
pokok pear / pokok lai dan plum
Karektor Spesis prunus ni seperti
kebanyakkan pokok-pokok temperate ni ialah dia
memerlukan musim luruh (autumn season)dan musim sejuk (Winter season) untuk berbunga dan menghasilkan
debunga pada musim bunga (spring season) dan berbuah pada musim panas (summer Season) berikutnya
Masalah Negara kita xpenah pulak
wujud iklim musim luruh dan musim sejuk. Jadi kita mesti tiru atau wujudkan
suasana seperti dan seakan-akan musim luruh.. Bila tiba masa musim luruh semua
daun-daun pokok temperate akan gugur .
Apa yang berlaku pada waktu ni, pokok temperate akan berehat dan tidak
lagi menjalankan proses membuat makanan iaitu proses fotosintesis secara aktif.
Pada musim luruh jugak
pokok-pokok temperate sedang mengumpulkan tenaga dan menghasilkan sel-sel
penghasilan bunga jantan (sel polination) dan sel bunga betina (sel buah).
Nah, Iklim Negara kita sentiasa panas
dan hujan hanya akan membuatkan pokok-pokok temperate terus menerus menjalankan
proses fotosintesis sepanjang tahun. Jadi kita mesti mencipta dan meniru suasana Musim Luruh dan Musim Sejuk kalau
anda semua mahu pokok-pokok temperate anda berbunga dan berbuah.
Bila nak pruning atau
pangkasa pokok temperate.?
Bagi pokok Pear/Lai / pokok epal
/ pokok peach / plum masa yang paling
sesuai ialah bila kita tengok pokok kita dah x kluarkan pucuk baru .
pertumbuhan cabang dan ranting2 baru dah xada lagi.pertumbuhan pokok dah stop
dan perlahan. Lepas tu beberapa
daun-daun muda gugur lebih awal dari daun yang dah lama.. itu bermakna
pokok kita dah cukup ready nak berehat dan berbuah. Please Klu boleh jangan
buat pruning semasa cuaca dan musim panas ..
Pokok pokok temperate ni klu kat
Negara asal memang boleh dikatakan gugurkan daun mengikut masa yang tetap. Tapi klu di Negara kita dengan cuaca
yang xmenentu, tunning pokok temperate ni dah xteratur bila dia nk rest dan
ready untuk berbunga.So kita kena perlu alert perhatikan dan tengok sifat-sifat pokok kita tu. Pokok Temperate mesti rest sebab nk kumpul nutrien untuk push flowering bud(tunas bunga).
Cara Pruning.
2 minggu
Sebelum pruning kita perlu letakkan baja
pembuahan npk 12:17:12:te/mg . Lepastu Kita perlu tolong pokok kita
menggugurkan kesemua daun-daun dan kalau perlu sebahagian ranting-ranting pokok
yang tidak perlu untuk mewujudkan suasana seperti dan seakan-akan musim luruh.
Potong semua daun-daun pokok dan potong ranting-ranting sampingan yang tumbuh
untuk mengurangkan penggunaan baja yang maksimum kepada pokok.
So bila tanam pokok temperate ni saiz dan
ketinggian pokok kita kena control. jangan biar terlalu besar dan tinggi.Klu dah
melayut tinggi mmg sakit pinggang la korang nak panjat dan buang semua
daun-daun yang ada. Setting pokok kita tinggi agak2 paras 2.5 hingga 3.5 dari
tanah dah cantik la tuh.
Bila dah potong dan buang semua
daun alihkan pokok temperate ke kawasan yang kurang cahaya matahari dan sejuk.Letak
je kat bawah bumbung parking kereta atau bawah naungan pokok rendang seperti
pokok durian atau rambutan. Proses ni mudah klu kita tanam pokok temperate
dalam pasu.
Klu tuan-tuan tanam atas tanah
xboleh nak alihkan. So tuan tuan boleh beli jaring hitam kat nursery dan tutup
/melitupi semua pokok dengan jaring hitam tu. Siram pokok dengan kerap untuk
mewujudkan suasana sejuk dan dingin kepada pokok.
Satu cara lagi kita perlu
sejukkan tanah dan akar pokok temperate. Kita
boleh letak guni atau kain yang dilembabkan menutupi atas akar dan
pangkal akar pokok. Klu tinggal kat kampung korang boleh guna batang pisang
yang dicincang..
1.
Bajakan pokok 2minggu sebelum
2.
Buang semua daun
3.
Potong ranting-ranting sampingan
4.
Naungkan pokok. Suasana Redup
5.
Siram utk sejukkan
6.
Sejukkan akar dengan kain lembab
Cara pruning pokok spesis prunus
ni lebih kurang sama ja dengan pokok anggur dan kiwi.
P/s : masa memangkas ranting dan
dahan please jgn potong ranting dan dahan-dahan utama .Jgn salah potong. Ia akan
melemahkan dan menggangu pertumbuhan pokok dan pokok mungkin akan terbantut dan
lepastu mati. Klu step betul dan pokok memang dah cukup matang , insyaallah
selepas dua atau tiga minggu pokok anda akan mengeluarkan pucuk baru dan tunas bunga
yang cantik….