Showing posts with label Pokok Lai / Pokok Pear. Show all posts
Showing posts with label Pokok Lai / Pokok Pear. Show all posts

Wednesday, July 3, 2013

Update Anak pokok Epal dn pokok Lai 3.7.2013


Anak Pokok Lai berusia 6 bulan .pokok xsihat daun kuning ja.mungkin sbb ph tanah yg xsesuai. nnti ada masa lapang tukar  medium tanah baru.



 



Anak Pokok Epal umur 6 bulan.pokok sihat dn subur.peringkat awal anak pokok epal perlukaan kayu pancang.btg agak lumbut.xmcm pokok lai'







Belalang suka mkn pucuk pokok epal. Mosquito net penyelesaian terbaik.



New dream projek. Grape Bonzai.

 usia pokok dh 3tahun. Isabella madu yg masam.


Saturday, June 8, 2013

Anak pokok Lai berjaya digraftkan dengan variety "new 20th century" from Canada

Assalamualaikum.

Pada 19/05/2013 baru-baru ni sy graft dua btg anak pokok Lai dengan variety pokok lai yg dibawa dari Canada oleh seorang kenalan. http://tanahsejuk.blogspot.com/2013/05/graft-kawin-pokok-lai-pear.html

 Alhamdulillah 08/6/2013 hari ini baru sampai dirumah dari Kedah. Pokok kena tinggal 2minggu sebab cuti sekolah balik kampung.

Sampai je kat rumah terus tengok pokok lai kesayangan .Syukur graft berjaya..Pokok dah mengeluarkan pucuk baru dari sel tunas/mata tunas Lai variety New 20thCentury...


Okey..harap-harap anak pokok ni cepat membesar..kepada kawan2.tunggu pokok ni besar....nnti bawak dtg pokok2 anda ke tempat sy.nnti sy tolong graftkan.Insyallah..

Dahtu, Apalagi.cepat la semai biji buah lai .


















Sunday, May 26, 2013

Graft/ kawin pokok Lai / pear

 
Buang daun yang xdiperlukan







Pokok dah gondol



















Tunas mesti sama saiz dgn btg anak pokok
Potong mata tunas batang pokok lai newcentury






















Slice kulit anak pokok lai dn cantumkan
Ni dia rupanya tunas yang telah dipotong





















Balut cantuman mata tunas dengan plastik

>.Insyaallah Dengan izin Allah cantuman akan berjaya dan pokok akan mengambil masa 2minggu lebih hingga sebulan lebih untuk sembuh dh pulih sepenuhnya.

Klu dah berjaya anak pokok yang telah dicantum dgn baik mampu berbuah selepas tempoh 6 bulan hingga setahun bergantung saiz dan nutrien yang kita beri.Insyaallah.. amin....

Batang Pokok Lai NewCentury dari Canada

Asslamualaikum

                 18.04.2013  baru-baru ni ada kawan punya jiran balik dari Canada.kami buat muka kesian sbb nak pesan batang pokok epal dan lai yang dh matang dari sana.
 
           Seperti yang dijanjikan...sy dpt beberapa batang pokok lai newcentury...spesis ni lebih baik dari spesis century ..Buah dia lebih manis , besar dan cepat masak...berbanding buah lai shinko dr taiwan mengambil masa hampir 6 bulan baru boleh petik. Bayangkan setengah tahun kena tunggu baruleh mkn buah dia.Spesis Century dan NewCentury mengambil masa 4bulan....

             Batang pokok epal sy xambil sbb pokok epal sy masih kecil .xleh nkgraft lg..rasa rugi sgt2.nak-nak lg batang pokok epal crab...epalcrab ni cute buah dia kecik2 dan tangkai panjang like buah cerry.




           Batang pokok Lai Newcentury di simpan dalam cooler bag selama lebih dr 18jam penerbangan dr Canada, Alhamdullillah lepas dan dibenarkan masuk ke Malaysia dengan alasan nak buat ubat akar kayutradisional.Cooler bag ni bagus utk kekalkan suhu supaya sel batang pokok xmati.

Satu cara lg yang biasa kami guna ialah guna bekas air termos ...





 Sebenar nya batang2 ni agak lemah sbb kat canada pokok2 dh mula berpucuk. masa musim sejuk adalah masa yang paling baik untuk bawak balik keratan btg sbbtime winter pokok dh xada daun dan cukup rehat..

Tp Nak buat macammana .ini pun dh besar nikmat dah member tolong bawakkan.xkiralah apa musimpun janji ada ...xkan nk suruh dia balik ikut time musim sejuk ja...ikut sukahati dialah nk balik bila pun..ye x?

Orait....


Saturday, April 20, 2013

Buah Lai Shinko .( Asean Pear ) Umur 2 bulan di atas pokok.

Bismillahirrahmanirrahim

Pokok Ini ditanam dari biji benih beli kat pasar malam.
Kemudian digraftkan / dikawin tampangkan dengan variety shinko pear dari taiwan..
variety shinko ni berbuah besar dan isi tebal..Klu variety shinko pear dari cameron highland kecil sikit saiznya dan saiz isi hati biji agak besar ( big heart seed )
































































Thursday, April 4, 2013

Pokok Lai dah Berbuah ..Prunning yang berjaya

Bismillahirrahmanirrahim..


Post kali ni tentang hasil pruning Pokok Lai yang telah dilakukan awal bulan Februari 2013 baru-baru ni.






Putik Bunga Pokok Lai.(Asian Pear)
























Pokok Lai Mengeluarkan putik bunga  2 minggu selepas pokok dipangkas (prunning).












Pokok Lai ni ditanam melalui biji benih....Kemudian dikawinkan dengan batang Pokok Lai dari CAMERON HIghlands.dan TaiWaN. Usia Pokok sekarang 3tahun lebih..       

                                       Pokok Lai ni mula berbuah pada umur 8bulan selepas digraftkan...

                                          Bunga Pokok Lai Sedang Blooming..Skali tengok macm bunga melor je











 
  





































































Monday, March 4, 2013

Prunning Pokok Lai (shinko Pear) Kat Tmn Tun Aminah

Dengan Nama-MU wahai TuhanKu, Aku Menulis..


Peniruan Musim Luruh dan Musim Sejuk supaya Pokok Temperate Berbunga dan Menghasilkan Buah.
Pokok Lai (shinko Pear) Sebelum Di Pangkas.Usia pokok 3 tahun ++
Tarikh Pemangkasan Pokok  : 18 /2/2013
Semua daun dan ranting pokok dipangkas dengan rakus dan tanpa rasa belas kasihan.



Pruning yang sempurna.. Daun dan ranting telah di trimkan.Pokok Telah dialihkan  ke kawasan redup (just pretend like Autumn Season)..Step seterusnya Akar akan di selimuti oleh guni.dahan akan sentiasa di siram..(Just Imagine Winter Time). Wa .Ilalliqa`

Cara Memaksa Pokok Temperate untuk Berbunga dan Berbuah..(pruning time)(pemangkasan pokok)


Bismillahirahmanirrahim.


Cara Memaksa Pokok Temperate untuk Berbunga dan Berbuah..(pruning time)(pemangkasan pokok)

Penanaman Pokok-pokok temperate agak memerlukan beberapa kaedah khusus untuk berbunga dan berbuah. Keadaan semulajadi dan karektor asal pokok temperate xberubah walaupun berada dimana sahaja dia tumbuh…

Klau kita faham karektor biologi sesuatu pokok mudah untuk kita mewujudkan suasana dan kondisi yang diperlukan oleh sesuatu pokok dan akhirnya mendapat hasil yang memuaskan.

Karektor pokok epal / pokok pear / pokok lai  dan plum

Karektor Spesis prunus ni seperti kebanyakkan pokok-pokok temperate ni ialah dia  memerlukan musim luruh (autumn season)dan musim sejuk (Winter season) untuk berbunga dan menghasilkan debunga pada musim bunga (spring season)   dan berbuah pada musim panas (summer Season) berikutnya

Masalah Negara kita xpenah pulak wujud iklim musim luruh dan musim sejuk. Jadi kita mesti tiru atau wujudkan suasana seperti dan seakan-akan musim luruh.. Bila tiba masa musim luruh semua daun-daun pokok temperate akan gugur .  Apa yang berlaku pada waktu ni, pokok temperate akan berehat dan tidak lagi menjalankan proses membuat makanan iaitu proses fotosintesis secara aktif.

Pada musim luruh jugak pokok-pokok temperate sedang mengumpulkan tenaga dan menghasilkan sel-sel penghasilan bunga jantan (sel polination) dan sel bunga betina (sel buah).

Nah, Iklim Negara kita sentiasa panas dan hujan hanya akan membuatkan pokok-pokok temperate terus menerus menjalankan proses fotosintesis sepanjang tahun. Jadi kita mesti  mencipta dan meniru suasana Musim Luruh dan Musim Sejuk kalau anda semua mahu pokok-pokok temperate anda berbunga dan berbuah.


Bila nak pruning atau pangkasa pokok temperate.?

Bagi pokok Pear/Lai / pokok epal / pokok peach  / plum masa yang paling sesuai ialah bila kita tengok pokok kita dah x kluarkan pucuk baru . pertumbuhan cabang dan ranting2 baru dah xada lagi.pertumbuhan pokok dah stop dan perlahan. Lepas tu beberapa  daun-daun muda gugur lebih awal dari daun yang dah lama.. itu bermakna pokok kita dah cukup ready nak berehat dan berbuah. Please Klu boleh jangan buat pruning semasa cuaca dan musim panas ..

Pokok pokok temperate ni klu kat Negara asal memang boleh dikatakan gugurkan daun mengikut masa yang  tetap. Tapi klu di Negara kita dengan cuaca yang xmenentu, tunning pokok temperate ni dah xteratur bila dia nk rest dan ready untuk berbunga.So kita kena perlu alert perhatikan dan tengok sifat-sifat pokok kita tu. Pokok Temperate mesti rest sebab nk kumpul nutrien untuk push flowering bud(tunas bunga).


Cara Pruning.

   2 minggu Sebelum  pruning kita perlu letakkan baja pembuahan npk 12:17:12:te/mg . Lepastu Kita perlu tolong pokok kita menggugurkan kesemua daun-daun dan kalau perlu sebahagian ranting-ranting pokok yang tidak perlu untuk mewujudkan suasana seperti dan seakan-akan musim luruh. Potong semua daun-daun pokok dan potong ranting-ranting sampingan yang tumbuh untuk mengurangkan penggunaan baja yang maksimum kepada pokok.

      So bila tanam pokok temperate ni saiz dan ketinggian pokok kita kena control. jangan biar terlalu besar dan tinggi.Klu dah melayut tinggi mmg sakit pinggang la korang nak panjat dan buang semua daun-daun yang ada. Setting pokok kita tinggi agak2 paras 2.5 hingga 3.5 dari tanah dah  cantik la tuh.

Bila dah potong dan buang semua daun alihkan pokok temperate ke kawasan yang kurang cahaya matahari dan sejuk.Letak je kat bawah bumbung parking kereta atau bawah naungan pokok rendang seperti pokok durian atau rambutan. Proses ni mudah klu kita tanam pokok temperate dalam pasu.

Klu tuan-tuan tanam atas tanah xboleh nak alihkan. So tuan tuan boleh beli jaring hitam kat nursery dan tutup /melitupi semua pokok dengan jaring hitam tu. Siram pokok dengan kerap untuk mewujudkan suasana sejuk dan dingin kepada pokok.
Satu cara lagi kita perlu sejukkan tanah dan akar pokok temperate. Kita  boleh letak guni atau kain yang dilembabkan menutupi atas akar dan pangkal akar pokok. Klu tinggal kat kampung korang boleh guna batang pisang yang dicincang..

1.   Bajakan pokok 2minggu sebelum
2.   Buang semua daun
3.   Potong ranting-ranting sampingan
4.   Naungkan pokok. Suasana Redup
5.   Siram utk sejukkan
6.   Sejukkan akar dengan kain lembab

Cara pruning pokok spesis prunus ni lebih kurang sama ja dengan pokok anggur dan kiwi.


P/s : masa memangkas ranting dan dahan please jgn potong ranting dan dahan-dahan utama .Jgn salah potong. Ia akan melemahkan dan menggangu pertumbuhan pokok dan pokok mungkin akan terbantut dan lepastu mati. Klu step betul dan pokok memang dah cukup matang , insyaallah selepas dua atau tiga minggu pokok anda akan mengeluarkan pucuk baru dan tunas bunga yang cantik….