setelah 4 Minggu Melalui proses Pengakaran . Alhmdulillah anak pokok tin Jenis Conadria fig Selamat ditanam.
Conadria fig
jenis : buah tin hijau dan isi merah
Sunday, September 22, 2013
Monday, September 16, 2013
Pokok Tin Untuk dijual Rm70
Tuan-tuan.. Hari ni saya ada melawat seorang kenalan yg tanam Fig.. beliau supply Pokok Fig ke Nursery di singapore.. Klau tuan2 tuan nk cutting Red Israel fig /khurtmani fig / porch red fig dari Penjual tersebut.(Parent kepada Murid saya) . Tuan-tuan boleh Pm saya...0143177409..Cikgu Fauzan
Dia jual ;
Dia jual ;
- fresh cutting rm70 ,
- Cutting yang dah rooting (ada akar dan pucuk) Rm90 KENA ORDER DAN TUNGGU SEMINGGU ATAU 2 MINGGU
- Kalau Anak pokok dari TUT rm120 . (KENA TUNGGU 2 ATAU 3 MINGGU)
CONTOH |
Contoh |
Saturday, September 7, 2013
Klip Baju untuk membuat sungkupan Rooting Proses..
Sapa Ada Klip Baju Lebih ? Please Anybody?
Sungkupan akan menyebabkan ruang udara dalam medium tanaman menjadi sentiasa lembab. Sungkupan yang baik ialah apabila kita dalam melihat wap2 air atau peluh air terhasil dlm kawasan sungkupan.. Ini dapat mengelakkan keratan batang tanaman daripada kering dan kehilangan air dgn cepat dn menyebabkan sel keratan btg mengecut dan mati..
Jika kita menggunakan medium pengakaran yang dibaja dengan larutan baja lengkap fertigasi..wap2air/ peluh akan menyebabkan akar terbentuk dengan sangat aggresif .Keadaan ini seperti pada konsep penanaman Fertigasi aruhan Udara (aeroponic System)
Ok .Dalam post ni sy nk cerita tentang Sungkupan.. .Sungkupan sangat penting dalam proses Pengakaran sesuatu keratan batang seperti Keratan batang yang agak mahal seperti Pokok Tin,keratan anggur..Satu cutting Fig/Tin boleh mencecah 20USD iaitu bersamaan dengan rm72.00..
klu salah teknik keratan yang mahal itu akan mudah rosak dan mati.. kalau keratan pokok ubi kayu , roselle xpyh la nk sibuk2 sgt Cucuk je.hidup ke xhidup kita xlah risau sgt.
contoh cutting fig dan zaitun yang Rosak semasa menyemai. (Rm150 melayang) |
Jika kita menggunakan medium pengakaran yang dibaja dengan larutan baja lengkap fertigasi..wap2air/ peluh akan menyebabkan akar terbentuk dengan sangat aggresif .Keadaan ini seperti pada konsep penanaman Fertigasi aruhan Udara (aeroponic System)
Peluh . wap2 air terbentuk disekeliling Sungkupan |
Contoh Sungkupan menggunakan Cup Minuman.. |
Untuk makluman bersama sungkupan pada medium tanaman seperti tanah dan bhan2 kompos harus berhati2..pastikan medium tanah campuran yang hendak digunakan bebas daripada fungus atau kulat.. kerana sungkupan pada medium tanah akan mempercepatkan serangan fungus atau kulat pada keratan pokok yang disemai.
Sungkupan dalam Pasu |
Sungkupan pada medium Tanah |
Friday, September 6, 2013
Membuat Hormon Pengakaran Di Rumah
Hormon Pengakaran
Assalamualaikm.. Post Kali ini Saya ingin berkongsi tentang cara membuat Hormon Pengakaran (Rooting Hormon) menggunakan daun Pokok Ketapang (Terminalia catappa ,Indian Almond).
Hormon pengakaran
ini boleh digunakan : 1. Mempercepatkan Poses Tut Pokok Tanaman
2. Mengakarkan Keratan Btg Pokok ( Tin, Rose, Mulbery)
3. Memulihkan Pokok yang dialihkan
4. Menyuburkan Tanaman yg mengalami kerosakan Akar
5. Menyuburkan Media Tanaman.
Cara Membuat
Hormon Pengakaran : 1. Kumpulkan Daun pokok Ketapang Yang Gugur. Pilih
Hormon Pengakaran : 1. Kumpulkan Daun pokok Ketapang Yang Gugur. Pilih
daun yang kekuningan dan masih segar..
2. 1 kilo daun + 10liter air
3. Ramas dan koyakkan helaian daun ketapang.
4. Rendamkan dalam Air Biasa Minimum Semalaman.
5. Simpan Air rendaman yang mengandungi Hormon.
6. Sisa daun yang direndam elok di letakkan pada pangkal
pokok atau dalam pasu.Biarkan menjadi reput
Cara penggunaan : Pokok > Boleh disiram setiap hari pada tanaman.
Hormon. : Keratan > Rendam Keratan Dalam Air Hormon Semalaman
Akar Pokok sangat yang Aggresif |
Daun Pokok Ketapang yang luruh |
Keratan pokok tin yang telah direndam dengan hormon pengakaran daun ketapang |
Selepas 3 hari keratan batang tin Direndam dgn hormon pengakraan daun ketapang |
Proses Pengakatan Keratan Pokok Tin |
Pokok Ketapang (Terminalia catappa atau Indian Almond) |
Pokok yang Dirawat menggunakan Hormon Pengakaran Daun Ketapang |
Tuesday, September 3, 2013
Cara Air Layering Pokok Fig ( TUT pokok tin)
Langkah Pertama
Buat Kelaran menggunakan Pisau mengelilingi Kulit Pokok Tin dan Kopek Setinggi 1 inci.
Kopek dan buang kulit yang dikelar.. Sapukan Hormon pengakaran di bahagian atas kelaran.
Langkah Kedua
Contoh medium : Spagnum Moss atau Coco Peat Moss atau tanah peroi...
Dah Siap..Tunggu Sehingga Nampak Akar Muncul di dalam balutan tut..(jangka masa 1sebulan ++)
Cara terbaik untuk proses pengakaran Keratan Fig
Andai kata tuan-tuan dapat cutting fig ... Apa yang perlu tuan-tuan dan puan perlu lakukan?
Pertama : Rendam dalam fungucide. selama 15 - 20 minit ( racun Kulat) boleh dibeli di kedai racun / nurseryKedua : Toskan dan keringkan seketika..( letak dibawah kipas) Rendamkan dalam larutan hormon pengakaran semalaman.Ketiga : Keringkan seketika ( letak dibawah kipas) , tanam keratan batang ke dalam medium...( PEAT MOSS. COCO PEAT. SPAGNUM MOSS. PERLITE DAN TANAH..SEMUANYA BOLEH..)
Contoh proses pengakaran :
Subscribe to:
Posts (Atom)