root failure. lepas tanam pokok layu.. apa solusi.? apa punca?
tanah problem. xserasi.
ramai di antara beginner menghadapi masalah ini..
masalah utama ialah xpandai setting tanah.
xtahu mcm mana nak make tanah yg perfect
utk pokok permulaan. komposisi medium campuran tanah mesti betul (tanah merah bakar. tanah kompost. sekam bakar)
point utama campuran medium ialah memastikan tanah itu poros dan proses penyejatan air berlaku dgn cepat
satu perkara lagi yang acap kali di ambil remeh ialah soal merehatkn tanah. sifat semula jadi tanah ialah menyerap dan mengurai. semasa campuran tanah baharu dibuat. apa yg berlaku ialah tanah tersebut menyerap nutrien yang ada serta mengurai bahan2 yg terdapat dlm campuran tanah. secara semulajadi proses lengkap penguraian berlaku dalam tempoh 2minggu. dan proses tersebut boleh di cepatkn dengan adanya bantuan mikrob (em1 /em4) secara organik dan dengan bantuan soil Corrector (humic asid dan fulvic) secara kimia.
point disini ialah proses menstabilkn kan unsur tanah / merehatkn tanah mengambil masa seminggu atau 2 minggu)
setelah proses merehatkn tanah dibuat. kita perlu uji medium tanah yang di campurkn dan test dulu sebelum menanam ank pokok tin. tut atau keratan pada medium. pokok yg bernilai dn berharga seperti pokok tin tidak seperti pokok2 tropika yang lain. cerewet di pada peringkat awal. xboleh lembab. xboleh terlebih baja. xboleh kena chaya matahari terik. umpama seorang puteri mencemar duli ke kampung setinggan.
salah satu cara primitif (tp sgt2 praktikal dan murah) utk check dan test tanah yang telah direhatkn ialah dgn menggunakan pokok bayam.. selepas medium campur dan di masukn kedalam pasu atau lubng tanah. semai biji benih bayam. jika benih bayam tumbuh dengan baik membesar tanpa ada masalah itu bermakna medium yang kita buat sgt ideal utk bakal ank pokok kita. jika ank pokok bayam tumbuh dan tidak sihat. kita boleh katakan bahawa campuran medium tersebut bermasalah utk bakal ank pokok tin.. tanam ank pokok tin selepas pokok bayam sesuai di jadikan sayur. selagi belum sesuai utk di masak.. jgn tanam ank pokok. biasanya 2 minggu pokok bayam ready utk di tuai.
point utama. pokok bayam tester kestabilan tanah yang praktikal dan mudah.
seperkara lagi ialah soal kelembapan tanah. kelembapan yang tidak sesuai boleh melemaskn akar dan membunuh ank pokok tin. trick yang saya amalkn semalam ni ialah menanam ank pokok selepas 4 hari tanah. / medium dibiarkn setelah disiram. maksudnya jika hari ahad siram 4 hari selepas tu di biarkan sejat oada hari khamis saya akan tanam anak pokok baru. insyallah kelembapan pada hari ke 5 sangat ideal utk menanam ank pokok baru.
point ': tanam anak pokok selepas 4 hari tanah/medium disiram.
p/s. gmbar ehsan facebook.. tidak ada kena mengena dgn hidup dan yang sudah mati 😊☺😀
jika ada fakta yg tersalah mohon ditegur. sy insan kampung yang lemah dan tidak berautoriti dalam bidang pertanian. wassalam wbt