Monday, June 9, 2014

penemuan terbaru cara menyemai keratan pokok tin

Asssalamualaikm w.b.t

Bagi para penggemar tanaman pokok tin / fig  menyemai keratan adalah salah satu proses yg agak sukar dan mencabar

Bermula dgn proses memilih dan membeli benih keratan fig dari dalam atau luar negara dan seterusnya proses menyemai fig.

Dengan kaedah biasa iaitu menggunakan medium semaian seperti cocopeat dan peatmoss. sekam bakar atau cmpuran tanah.memerlukan teknik dan kaedah yg khusus serta pemerhatian yg lebih.

Masalah keratan di serang fungus. batang busuk layu fusurium , keratan rosak akibat nematode dan larva gnats sering menghantui  penggemar tanaman fig disaat menyemai fig

sy ingin memperkenalkn satu kaedah terbaru menyemai fig menggunakan larutan nutrient yang di ukur secara tepat utk keperluan keratan fig berakar dgn optimum dan cepat.

Hydro solution ini khas utk menyemai keratan keratan fig dalam larutan nutrient.

saya menjual Hydro solution ini dengan harga seperti berikut

set A500ml utk sukatan 3 liter air =rm10
set B500ml utk sukatan 6 liter air =rm20
set C500ml utk sukatan 9 liter air =rm30





cara penggunaan


  • campurkan 500ml Hydro solution kedalam air 3 atau 6 atau 9 liter mengikut set yang dibeli.
  • pastikan keadaan keratan bersih dan tidak diserang penyakit kulat.
  • rawat cutting fig dgn racun kulat /fungicide, 
  • jika keratan fresh baru dipotong,rehatkan keratan sehingga getah pada keratan berhenti drp mengalir.
  • 1 keratan fig biasanya memerlukan 200ml utk semaian dalam larutan .
  • semai keratan fig di dalam bekas ait seperti cup minuman sekurang2 1/3 keratan terendam atau dua mata tunas terendam.
  • rendam semai sekurang-kurangnya 2 mata tunas pada keratan.
  • sekiranya akar muncul di atas permukaan air hydro solutions.tambahkan hydro solutions sehingga akar tenggelaman .
  • Perhatikan 4 jam pertama dan 4 jam kedua keadaan hydro solutions bertukar jernih atau keruh/busuk.
  • jernih sgt bagus
  • keruh /busuk bermaksud ada jangkitn fungus dan kulat. tukar air hydro dan rawat semuala keratan anda dgn racun kulat

ukuran nisbah penggunaan 
Hydro solution ialah seperti berikut :

      

testimoni 1. 

perkembangan lengkap hydro solutions

baka fig          = btm6 fig
jenis keratan = (keratan umur 4 bulan)


testimoni 2 

baka fig = yellow lebanese
jenis keratan = 1 inci panjang

          

testimoni 3



                   








Monday, May 19, 2014

Anak tut Pokok tin BTM6 HYBRID utk dijual 19 Mei 2014 rm120

Hubungi sy jika tuan / berminat
Fauzan : no tel /  what apps : 0167577559
Facebook : fauzan adenan








Wednesday, May 7, 2014

cara cara penjagaan tanaman fig (separa lengkap)

Assalamualaikm waraatullahi wabarakaatuh

Cara penjagaan pokok tin/fig mengikut pengalaman sy dan perkongsian dengan kawan2 di internet dan hasil test dan expriment drpd kwn2 di group tin Malaysia di facebook




Penyediaan medium

1. Sebelum menanam anak pokok yang dibeli . Sediakan medium yang baik.pasu yg sesuai Minimum 10inci hingga 15inci dan 21 inci diameter

2. Saya hnya menggunakan tong cat 18liter dgn saiz 12inci iaitu 1 kaki .

3 Medium yang  terbaik (hasil perkongsian dgn kwn2) ialah  1beg tanah merah bakar nursery dicampur 2 beg tanah hitam kompos atau tanah hitam campuran

4.Perkara yg paling penting dlm Penyediaan tanah medium ialah proses merehatkan tanah selama 2 minggu. Kenapa perlu rehatkn selama dua minggu? Kebiasaannya element2 dan unsur nutrients yg terkandung dlm tanah biasanya akan habis atau selesai bertindakbalas atau selesai proses penguraian yang sempurna .

5. Selain proses merehatkn tanah .tahap/ nilai ph tanah jugak perlu dititik beratkan. Menurut pembacaan saya di internet .nilai ph utk tanaman fig yg optimum dan terbaik adalah pada nilai ph 6.3-6.5 utk pertumbuhan akar dan daun yang baik. 

6. Cara mudah utk menentukan nilai ph medium to kita ialah dgn menggunakan kunyit . Atau dengan menggunakan ph soil meter or tester (murah rm35 china).( japan rm350) sekiranya xada alat tersebut. Cara alternatif ialah dgn menggunakan kunyit.

Rujukan
Pejabat Pertanian Daerah Kapar

7. Pastikan saliran air sgt2 berkesan dan 
Baik

8. Siram 2 hari sekali untuk neutralkan ph dan memeriksa tahap saliran air dlm pasu.

9. Sedikit maklumat tambahan . Saya gunakn kulit kerang setebal 4 to 5 inci pada bahagian bawah  dalam pasu sebelum saya masukkan medium tanah .Insyallah saliran air dlm pasu menjadi lebih baik. Kaedah ni jgk dpt mengelakkan hujung akar pokok matang menjadi cepat rosak akibat berada pada temporary kelembapan yang lama

10. Bagi saya tanah kompos buat sendiri adalah yang terbaik utk memacu pertumbuhan anak pokok fig pada kadar maksium pada peringkat awal.

Klik disini  Buat Tanah Kompos Sendiri


Pemilihan Benih

1. Perkara ini sebenarnya subjektif  .tapi sy cuba senaraikan  beberapa variety pilihan untuk beginner yg rajin berbuah .sedap dan mudah dijaga.




  • Khurtmani/red israel 
  • Tena
  • Brownturkey
  • Purple jordan/purple yordan
  • Btm6 Hybrid
  • Texas everbearing 
  • Brunswik/ Yellow wuhan
  • Negrune
  • Conadria
  • Xinjiang
  • Lsu gold
  • Maria
  • Taiwan Golden fig
  • Masui dauphine

2. Menyemai keratan fig ada banyak kaedah. 

  • Semaian konvesional Menggunakan tanah dirawat.
  • Semaian menggunakan cocopeat/sabut kelapa hancur.
  • Semaian menggunakan larutan hormon
  • Semaian menggunakan kompos daun reput.
  • Semaian menggunakan beg plastik
  • Semaian menggunakan wap air dlm  bekas tupperware.
  • Semaian menggunakan kotak polistrin
  • Semaian menggunakan perlite
  • Semaian menggunakan tisu lembab
  • Semaian menggunakan sekam bakar
Semua kaedah semaian ini berkesan sekiranya unsur2 kulat / fungus, bakteria, gnat Dan nematode dalam di elakkan dan dihapuskn semasa proses /rooting dilakukan. 

Selain itu kelembapan medium semaian sgt2 penting agar bantang dan akar tidak busuk dan rosak.. skala kelembapan ialah 1 hingga 3  ( kering  0 <   > 10 sgt basah)

Tips : semai keratan secara sendeng atau secara mendatar.


Pada kebiasaanya  semaian fig mengambil 3 hingga 4 minggu .bergntung kepada tahap kesegeran , keadaan keaktifan sel .saiz dan umur .dan nutrients sedia ada dlm keratan tersebut.

Setelah akar muncul dan byk .kita perlu pasti bahawa akar tersebut benar2 kuat dan matang. Biasanya akar yg muda berwarna putih dan akar yg mulai matang berwarna kekuningan gelap . Akar yg paling matang ialah berwarna coklat kehitaman. 

Fasa akar muda


Fasa akar separa matang



Proses memindahkn anak semaian

  Setelah anak semaian sudah sedia utk dipindahkan. Medium tanaman sepatutnya di sediakan 2 minggu sebelum memindakan .  Tanah yg tidak di rawat atau tanah yg baru dibeli  kadangkala mempunyai masalah sehingga menyebabkn anak pokok semaian mati.

Antara sebab utama ialah tanah baru 
1. Kandungan baja yang terlalu tinggi
2.  Proses penguraian kompos belum lengkap








Wednesday, March 12, 2014

Anak Benih tut pokok tin Black Jack fig utk dijual 13.3.2014

Assalamualaikum semua..
Minggu depan akan smpai anak benih tut baka baru iaitu black jack fig


Baka jenis ni pokoknya renek dan xbesar.rendang.sangat sesuai utk ditanam dalam pasu dan utk ruang tanah yang terhad.

Sapa yg berminat boleh hubungi sy .: 0167577559 .cikgu fauzan  .stock hnya ada 13 pokok sahaja..

Harga rm120










pokok fig xtau nama apa.tp Alhmdlh sedapnya rasa buah dia .











PANDUAN MENYEDIAKAN TANAH KOMPOS UNTUK TANAMAN


Step by step buat medium terbaik utk fig.. my way.. fig anda akan grow very very well utk first crop .tinggi 1 feet dah mula berbunga for 2 month after rooting and repotting.just share my way..utk kwn2 semua

1. Sediakan bekas.tong simpanan..make sure bwh ada lubang utk drainage. 
2. Masukkan 1 layer tanah.cocopeat or what ever.about 10cm tinggi
3. Masukk 1 layer. Sisa dapur organik . (Belum masak) sayur buruk. Perut ikan..perut/ lemak ayam .kulit buah..kulit telur.what ever. Cincang dulu.lagi best.
4. Tutup  layer sisa mkn dgn 1 layer tanah lg..utk elakkan bau busuk dan ulat keluar..
5.ulangi step 2 dan step 3.
6.2 buln...ready utk fig anda or sayur2 or apa saja pokok.
7.before nk guna. Better jemur kompos smpai kering kontang ..
8.nk lg best ..must cmpur sayur kangkung dan daun ketapang..booster.boooom powerful..

9. For additional.  .tambah
- kangkung dicincang      =  hormon pucuk
- bawang merah blender=  hormon pengakaran
- kulit pisang                      =  hormon sel pembuahan
- kulit telur dihancurkan=  hormon pertumbuhan batang
- daun ketapang                =  hormon pertumbuhan akar

10. Simpan atau restkan tanah kompos sekurang- kurangnya 1 bulan
Dan sebaik2nya 2 buln utk proses pereputan..
11.Setelah siap ..masukkan dlm pasu dn test tanah kompos anda dgn menyemai benih bayam .if pokok bayam anda grow well.. that mean you are succesfull.. then your soil ready to use..








Sunday, February 9, 2014

Anak pokok tin btm6 hybrid dan flanders australia utk dijual

Rm140 siap pos  stok ada 20 btm6 dan 10 flanders Australia :)
Hubungi saya  : 0167577559 cikgu fauzan





Contoh buah btm6

Contoh pokoo btm6 di thailand