Sunday, September 22, 2013

Pokok tin -jenis Conadria selamat di tanam.

setelah 4 Minggu Melalui proses Pengakaran . Alhmdulillah  anak pokok tin Jenis Conadria fig Selamat ditanam.

 Conadria fig

 jenis : buah tin hijau  dan isi merah 










Monday, September 16, 2013

Pokok Tin Untuk dijual Rm70

Tuan-tuan.. Hari ni saya ada melawat seorang kenalan yg tanam Fig.. beliau supply Pokok Fig ke Nursery di singapore.. Klau tuan2 tuan nk cutting Red Israel fig /khurtmani fig / porch red fig  dari Penjual tersebut.(Parent kepada Murid saya) . Tuan-tuan boleh Pm saya...0143177409..Cikgu Fauzan

Dia jual ;

  1. fresh cutting rm70 , 
  2. Cutting yang dah rooting (ada akar dan pucuk) Rm90 KENA ORDER DAN TUNGGU    SEMINGGU ATAU 2 MINGGU
  3. Kalau Anak pokok dari TUT rm120 . (KENA TUNGGU 2 ATAU 3 MINGGU)


CONTOH








Contoh





Saturday, September 7, 2013

Klip Baju untuk membuat sungkupan Rooting Proses..

Sapa Ada Klip Baju Lebih ? Please Anybody?


      Ok .Dalam post ni sy nk cerita tentang Sungkupan.. .Sungkupan sangat penting dalam proses Pengakaran sesuatu keratan batang seperti Keratan batang yang agak mahal seperti Pokok Tin,keratan anggur..Satu cutting Fig/Tin boleh mencecah 20USD iaitu bersamaan dengan rm72.00.. 

     klu salah teknik keratan yang mahal itu akan mudah rosak dan mati.. kalau keratan pokok ubi kayu , roselle xpyh la nk sibuk2 sgt Cucuk je.hidup ke xhidup kita xlah risau sgt.

contoh cutting fig dan zaitun
yang Rosak semasa menyemai. (Rm150 melayang)

  Sungkupan akan menyebabkan ruang udara dalam medium tanaman menjadi sentiasa lembab. Sungkupan yang baik ialah apabila kita dalam melihat wap2 air atau peluh air terhasil dlm kawasan sungkupan.. Ini dapat mengelakkan keratan batang tanaman daripada kering dan kehilangan air dgn cepat dn menyebabkan sel keratan btg mengecut dan mati..

 Jika kita menggunakan medium pengakaran yang dibaja dengan larutan baja lengkap fertigasi..wap2air/ peluh akan menyebabkan akar terbentuk dengan sangat aggresif .Keadaan ini seperti pada konsep penanaman Fertigasi aruhan Udara (aeroponic System)


Peluh . wap2 air terbentuk
disekeliling Sungkupan

Contoh Sungkupan menggunakan Cup Minuman..




Untuk makluman bersama sungkupan pada medium tanaman seperti tanah dan bhan2 kompos harus berhati2..pastikan medium tanah campuran yang hendak digunakan bebas daripada fungus atau kulat.. kerana sungkupan pada medium tanah akan mempercepatkan serangan fungus atau kulat pada keratan pokok yang disemai. 

Sungkupan dalam Pasu
Sungkupan pada medium Tanah

Friday, September 6, 2013

Membuat Hormon Pengakaran Di Rumah

Hormon Pengakaran



Assalamualaikm.. Post Kali ini Saya ingin berkongsi tentang cara membuat Hormon Pengakaran (Rooting Hormon) menggunakan daun Pokok Ketapang (Terminalia catappa ,Indian Almond).

Hormon pengakaran
ini boleh digunakan  : 1. Mempercepatkan Poses Tut Pokok Tanaman
                                   2. Mengakarkan Keratan Btg Pokok ( Tin, Rose, Mulbery)
                                   3. Memulihkan Pokok yang dialihkan 
                                   4. Menyuburkan Tanaman yg mengalami kerosakan Akar
                                   5. Menyuburkan Media Tanaman.

Cara Membuat
Hormon Pengakaran   :   1.  Kumpulkan Daun pokok Ketapang Yang Gugur. Pilih           
                                            daun yang kekuningan dan masih segar..
                                       2. 1 kilo daun + 10liter air     
                                       3. Ramas dan koyakkan helaian daun ketapang. 
                                       4. Rendamkan dalam Air Biasa Minimum Semalaman.
                                       5. Simpan Air rendaman yang mengandungi Hormon.
                                       6. Sisa daun yang direndam elok di letakkan pada pangkal  
                                           pokok atau dalam pasu.Biarkan menjadi reput 

Cara penggunaan             : Pokok   > Boleh disiram setiap hari pada tanaman.
Hormon.                         : Keratan > Rendam Keratan Dalam Air Hormon Semalaman
                      



Akar Pokok sangat yang Aggresif 
Daun Pokok Ketapang yang luruh




Keratan pokok tin yang telah direndam dengan
hormon pengakaran daun ketapang
Selepas 3 hari keratan batang tin  Direndam
dgn hormon pengakraan  daun ketapang




Proses Pengakatan Keratan Pokok Tin


Pokok Ketapang
(Terminalia catappa atau Indian Almond)
Pokok yang Dirawat menggunakan
Hormon Pengakaran Daun Ketapang




Tuesday, September 3, 2013

Penjaga setia pokok Tin


Cara Air Layering Pokok Fig ( TUT pokok tin)

 Langkah Pertama


Buat Kelaran menggunakan Pisau mengelilingi Kulit Pokok Tin dan Kopek Setinggi 1 inci.
Kopek dan buang kulit yang dikelar.. Sapukan Hormon pengakaran di bahagian atas kelaran.



Langkah Kedua

Balut kawasan Kelaran menggunakan medium yang dapat menyimpan lembapan dan oksigen yang baik dengan plastik lut sinar agak mudah untuk melihat perkembangan Proses Tut.
 Contoh medium : Spagnum Moss atau Coco Peat Moss atau tanah peroi...


Dah Siap..Tunggu Sehingga Nampak Akar Muncul di dalam balutan tut..(jangka masa 1sebulan ++)

Cara terbaik untuk proses pengakaran Keratan Fig


Andai kata tuan-tuan dapat cutting fig ... Apa yang perlu tuan-tuan dan puan perlu lakukan?