Showing posts with label Pokok Tin / Pokok Fig. Show all posts
Showing posts with label Pokok Tin / Pokok Fig. Show all posts

Thursday, October 10, 2013

Anak tut pokok tin red khurtmani or red israel

Ini adalah contoh anak pokok red israel yang telah ready utk di tanam ke dlm pasu.. anak pokok ni telah ditut selama sebulan...

Saturday, September 7, 2013

Klip Baju untuk membuat sungkupan Rooting Proses..

Sapa Ada Klip Baju Lebih ? Please Anybody?


      Ok .Dalam post ni sy nk cerita tentang Sungkupan.. .Sungkupan sangat penting dalam proses Pengakaran sesuatu keratan batang seperti Keratan batang yang agak mahal seperti Pokok Tin,keratan anggur..Satu cutting Fig/Tin boleh mencecah 20USD iaitu bersamaan dengan rm72.00.. 

     klu salah teknik keratan yang mahal itu akan mudah rosak dan mati.. kalau keratan pokok ubi kayu , roselle xpyh la nk sibuk2 sgt Cucuk je.hidup ke xhidup kita xlah risau sgt.

contoh cutting fig dan zaitun
yang Rosak semasa menyemai. (Rm150 melayang)

  Sungkupan akan menyebabkan ruang udara dalam medium tanaman menjadi sentiasa lembab. Sungkupan yang baik ialah apabila kita dalam melihat wap2 air atau peluh air terhasil dlm kawasan sungkupan.. Ini dapat mengelakkan keratan batang tanaman daripada kering dan kehilangan air dgn cepat dn menyebabkan sel keratan btg mengecut dan mati..

 Jika kita menggunakan medium pengakaran yang dibaja dengan larutan baja lengkap fertigasi..wap2air/ peluh akan menyebabkan akar terbentuk dengan sangat aggresif .Keadaan ini seperti pada konsep penanaman Fertigasi aruhan Udara (aeroponic System)


Peluh . wap2 air terbentuk
disekeliling Sungkupan

Contoh Sungkupan menggunakan Cup Minuman..




Untuk makluman bersama sungkupan pada medium tanaman seperti tanah dan bhan2 kompos harus berhati2..pastikan medium tanah campuran yang hendak digunakan bebas daripada fungus atau kulat.. kerana sungkupan pada medium tanah akan mempercepatkan serangan fungus atau kulat pada keratan pokok yang disemai. 

Sungkupan dalam Pasu
Sungkupan pada medium Tanah

Friday, September 6, 2013

Membuat Hormon Pengakaran Di Rumah

Hormon Pengakaran



Assalamualaikm.. Post Kali ini Saya ingin berkongsi tentang cara membuat Hormon Pengakaran (Rooting Hormon) menggunakan daun Pokok Ketapang (Terminalia catappa ,Indian Almond).

Hormon pengakaran
ini boleh digunakan  : 1. Mempercepatkan Poses Tut Pokok Tanaman
                                   2. Mengakarkan Keratan Btg Pokok ( Tin, Rose, Mulbery)
                                   3. Memulihkan Pokok yang dialihkan 
                                   4. Menyuburkan Tanaman yg mengalami kerosakan Akar
                                   5. Menyuburkan Media Tanaman.

Cara Membuat
Hormon Pengakaran   :   1.  Kumpulkan Daun pokok Ketapang Yang Gugur. Pilih           
                                            daun yang kekuningan dan masih segar..
                                       2. 1 kilo daun + 10liter air     
                                       3. Ramas dan koyakkan helaian daun ketapang. 
                                       4. Rendamkan dalam Air Biasa Minimum Semalaman.
                                       5. Simpan Air rendaman yang mengandungi Hormon.
                                       6. Sisa daun yang direndam elok di letakkan pada pangkal  
                                           pokok atau dalam pasu.Biarkan menjadi reput 

Cara penggunaan             : Pokok   > Boleh disiram setiap hari pada tanaman.
Hormon.                         : Keratan > Rendam Keratan Dalam Air Hormon Semalaman
                      



Akar Pokok sangat yang Aggresif 
Daun Pokok Ketapang yang luruh




Keratan pokok tin yang telah direndam dengan
hormon pengakaran daun ketapang
Selepas 3 hari keratan batang tin  Direndam
dgn hormon pengakraan  daun ketapang




Proses Pengakatan Keratan Pokok Tin


Pokok Ketapang
(Terminalia catappa atau Indian Almond)
Pokok yang Dirawat menggunakan
Hormon Pengakaran Daun Ketapang




Tuesday, September 3, 2013

Penjaga setia pokok Tin


Cara Air Layering Pokok Fig ( TUT pokok tin)

 Langkah Pertama


Buat Kelaran menggunakan Pisau mengelilingi Kulit Pokok Tin dan Kopek Setinggi 1 inci.
Kopek dan buang kulit yang dikelar.. Sapukan Hormon pengakaran di bahagian atas kelaran.



Langkah Kedua

Balut kawasan Kelaran menggunakan medium yang dapat menyimpan lembapan dan oksigen yang baik dengan plastik lut sinar agak mudah untuk melihat perkembangan Proses Tut.
 Contoh medium : Spagnum Moss atau Coco Peat Moss atau tanah peroi...


Dah Siap..Tunggu Sehingga Nampak Akar Muncul di dalam balutan tut..(jangka masa 1sebulan ++)

Cara terbaik untuk proses pengakaran Keratan Fig


Andai kata tuan-tuan dapat cutting fig ... Apa yang perlu tuan-tuan dan puan perlu lakukan?











Saturday, April 20, 2013

Bentuk Isi Buah Tin khurtmani Fig

Bismillahirahmanirrahim

Spesis Pokok Tin : khurtmani  Fig VR
Negara Asal         : turki
Warna Kulit          : Merah berbelang putih.
Lokasi                  : Johor Bahru ;)














































Thursday, April 4, 2013

Pokok Fig Bertuah


















































Pada 13 March 2013 .. semasa berjalan-jalan keliling taman.. ternampak satu pokok Fig. Pokok Fig ini special sikit sbb tumbuh di celah lubang tepi tembok rumah. Mula-mula ingat pokok rumah..


Bila check betul-betul mmg sah spesis pokok fig..Daun ada 5 jejari..daun kasar dan kesat. Kulit bergetah...

Bila kompon..apa lagi. bawak pisau pegi korek pokok tu. ..akar punya la panjang..dah macam bonsai pun ada..

Pokok fig ni mungkin tumbuh dari biji yang dimakan oleh tuan rumah ni..... Variety spesis xdapat dikenal pasti..mungkin setahun lagi kena tunggu untuk berbuah...

I m So Happy dapat pokok fig bertuah ni..Syukur...







Monday, March 4, 2013

Pokok Buah Tin / Buah Fig / Buah Ara Belakang Rumah Di Johor Bahru




               




                




                    





                                                                          




                  





                    




   Paling Menyampah nak susun gambar kat blog .............Bosan tul..asyik xbetul ja kedudukan dia...

    Ini Gambar Pokok Fig yang berjaya ditanam di Belakang rumahku.. Variety pelbagai jenis. Benih dimport dan "diseludup" dari China dan Indonesia.....Semua pokok Fig ni Ditanam melalui Keratan Batang...Melalui pengalaman, Kos beberapa keratan batang fig dalam sekitar rm400..Termasuk Bayaran Fedex Curier ,E-Bay dan Bayaran Topup Digi..hehe..Masa dipos tu ada dalam 12 keratan batang.Yang berjaya hidup dan tumbuh hanyalah 4 batang sahaja.Asal minat terpaksalah tawakkal.Akhirnya Hidup Jugak 4 pokok.Sykur Alhamdulillah. Nak Harap Kat jabatan pertanian Malaya dan Mardi Malaya...Hampeh..

Oleh kerana tinggal dikawasan perumahan kami terpaksa tanam dalam pasu yang besar dan tong Drum.Alhamdulillah hidup elokja...Klu la dapat balik mengajar kat kampung halamanku kat kedai..tahu la aku kerjakan kat tanah belakang rumah.....Bila la PPDJB nk luluskan pertukaran aku ni???????.

Tuan-tuan yang ada modal dan nak buat Bisnes jual Anak Pokok Fig .tunggu Apa lagi.Jgn tunggu..Pokok ni senang nk dibiakkan dan dah terbukti hidup dengan baik di Malaysia..Pegi Indonesi dan China..Bwk balik benih Fig dan sebarkan pokok bertuah  ini kepada Masyarakat Islam di Malaysia. Pastu Tolongla Jual murah-murah kepada bangsa sendiri.Jgnla amik peluang utk cekik darah bangsa seagama kita sendiri.

 Pokok Tin telah Disebutkan Dalam Al Quran. Betapa hebatnya buah ni sehingga Allah bersumpah dengannya dan.Betapa Untung dan bertuahnya Jika Tuan-tuan ikhlas berusaha sebarkan Pokok ini kepada manusia..Sambil Berbisnes sambil promosikan Tumbuhan yang disebut dalam Alquran..

Tuan-Tuan klu nak datang tgok, jemputla datang ke tmn Ungku Tun Aminah .Skudai Johor Bahru. Xda bayaran masuk. Lillahi Taala dan kerana minat dan demi kerana Ilmu Pengetahuan.







Sapa-sapa yang berminat nk tanam pokok fig boleh order dari negara seberang indonesia boleh rujuk link-link di bawah.::

harga anak pokok
1. kecil > Ukuran 30cm hg mulai Rp. 65.000
2. Sedang > ukuran < 50cm hg mulai Rp. 95.000
3. Besar > 70cm hg mulai Rp. 125.000
4. Siap berbuah > tergantung jenis
http://pohontin.wordpress.com/jual-pohon-tin/
http://budidayabuahtin.blogspot.com/
www.pohon-buah-tin.blogspot.com