Saturday, February 23, 2013

Cara Cepat tanam pokok Plum

Dengan Nama Allah yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui...





Baru-baru ni saya dapat ilmu baru tentang Hobi  pokok Temperate... Bagi saya , ilmu yang baru dapat tu amat berguna kepada saya.. Sebab itu sy terpanggil untuk kongsi sama-sama dalam post kali ni..


Ramai orang suka tanam pokok...Tapi ramai jugak orang xsuka tunggu pokok untuk berbuah...


Pokok temperate ni amat sensitive dan tidak tahan lasak dengan keadaan cuaca kita..Cara paling terbaik mengatasi masalah ini ialah dengan mencari spesis pokok tempatan negara kita  untuk dijadikan (pokok penanti) rootstock. Sebab spesis tempatan amatlah sesuai dan mampu menahan suhu iklim negara kita dan makhluk perosak tempatan..

Amatlah malang sekali pokok epal spesis tempatan dan pear xpenah wujud dinegara kita..klu kat negara-negara luar..Hutan-hutan mereka dipenuhi dengan spesis-spesis liar pokok epal dan sebagainya.

..
 (Plum Blossom Vs Plum)


Tuan-tuan dan puan boleh try Guna  Pokok Plum Blossom atau dikenali pokok bunga peach Sebagai Pokok Rootstock utk pokok plum tuan-tuan .

Ni Rupa Pokok tu..
 Gambar dari sumber  http://mygardendirectory.blogspot.com


Korang Boleh refer website nie tentang spesis pokok bunga plum ni. http://en.wikipedia.org/wiki/Prunus_mume


Klu pegi Nursery Ckp kat Tokei Nursery sy mau Pokok Mei Hua..Pokok jenis ni tergolong jugak dalam spesis pokok plum...So Boleh dikawinkan..Insyaallah Ngam.....

Klu tuan-tuan bernasib baik..Pokok Plum Blossom yang dijual tu telah dikawinkan dengan pokok plum liar..Biasanya pokok plum blossom yang diimport dari China menggunakan pokok Plum liar sebagai rootstock bagi pokok Plum Blossom. So kita boleh kawinkan  dan plum kat batang rootstock plum liar atau pun kat batang plum blossom tu...So xpayah lagi nk semai biji benih lagi...

Peladang-peladang kat China menggunakan pokok plum liar sebagai pokok penanti disebabkan tahan lasak dengan penyakit dan perubahan iklim yang ekstream..

Klu sapa-sapa yang suka melihat pertumbuhan dan step tumbesaran pokok-pokok bolehla abaikan step dan   kaedah ni....P/s ..Saya lebih suka tengok pokok dari kecil sampai dia besar...Feeling lebih sikit...



skrg ni tgh usaha nak cari pokok tempatan negara kita apa yang sesuai untuk di jadikan rootstock apple dan pokok lai... Agak-agak Pokok Mulberi boleh x?Sikit masa lagi sy akan try eksprimen.Klu berjya nnti sy bgtau.




Thursday, February 21, 2013

SUMBER SEL POKOK TEMPERATE MATANG UTK DI GRAFTKAN





Cari, Mintak, Merayu , Menangis atau beli ranting Pokok Temperate (Fruitstock)

Jika tuan-tuan pergi melancong ke luar Negara tempat asal variety pokok temperate jangan lupa pergi cari or mintak or beli ranting-ranting Pokok temperate yang dah matang bawa balik ke Malaysia…Pastu graftkan dengan pokok root stock yang tuan-tuan telah semai lebih 6bulan keatas..

KLu tuan-tuan xpandai buat graft , kita bawak ke anak pokok kita ke nursery tempatan.then upah pekerja nursery tu graftkan untuk kita….kan mudah keja tu….Tp alangkah nikmatnya jika kita sendiri yang buat…kita semai biji .kita yang kawinkan pokok kita. Lepastu kita tuai buah yang kita tanam sendiri….Subhanaallah..


Klu kita p China lebih baik masuk ke kawasan-kawasan kampung. Mintak je ranting kat penduduk kampung Insyaallah diorang bagi…Tp klu boleh lebih baik tuan-tuan pergi pada musim sejuk. Sebab ranting pokok-pokok Temperate dan gugur daun dan pokok-pokok  tgh rest or hibernate untuk tempoh satu musim..

Klu stakat pokok epal dan Lai. Tuan-tuan dan puan-puan xpayahla sampai nak p Africa selatan…Kat Pusat pertanian MArdi Cameron ada..Dulu masa umur 16tahun sy wat muka kesian ja pergi bawak pokok epal saya ke pusat tu, Pastu merayu kat pekerja pusat pertanian Mardi suruh graftkan untuk saya. Tp skrgni xtau la .Korang kena pandai buat ayat manis kot..Sayangnya bila pergi belajar kat university pokok mati kerana tak dijaga dengan baik……………….

Ada kawan cakap Kat Cameron highlands ada sebuah hotel  yang tanam pokok Lai. Pokok tu besar dan hidup subur..Kawan saya minta ranting pokok tu .Dia dah graft, memang menghasilkan varieti buah yang manis dan besar..

 Bagi sapa-sapa yang tinggal kat utara boleh berkunjung ke Balik Pulau…Ada satu tempat tu dia buat taman buah-buahan tempatan….Kat situ ada beberapa pokok temperate seperti Shinko Lai dan Pokok plum.dan Pokok Epal..

Ingat! Target kita hanya nak ranting yang separa tua. Ranting atau mata tunas yang baru bertukar warna hijau ke warna coklat muda



Panduan mengambil  / menyimpan  Ranting Pokok Matang  dengan selamat.. ………..

·         Pilih Ranting yang sihat 
·         Potong ranting lebih kurang satu kaki  
·         Buang semua daun. Simpan pucuk yang paling hujung
·         Seal  dengan Cat di hujung keratan ranting. Apa-apa jenis cat. KLu time travel xde cat .Guna je butter marjerin.or keju kat hotel tu .Klu xder boleh guna tanah lumpur/tanah liat dikepal                                                                                                              
·         Balut dengan towel  / kain lembab. Tisu lembab pun boleh. Please jgn terlalu banyak air..
·          Seal dalam plastik bersih. Plastik wrap is the best                          
·         Option :: simpan ranting yang dah diseal dalam cooler beg… then ..Letak ais kiub ..

P/s…
Target paling utama yang perlu kita ambil berat ialah mengekalkan kelembapan cecair
dalam tisu ranting tu..Klu dah kering, sel tisu ranting atau mata tunas akan mati dan tidak dapat recovery selepas kita membuat camtuman mata tunas ataupun cantuman ranting……….

SEL DNA POKOK MATANG VS POKOK MUDA

SEL DNA Pokok MATANG VS Pokok MUDA..



Cantuman pokok tanaman Boleh dilakukan pelbagai cara…..Bagi pokok buah temperate , kaedah Cantuman ranting atau cantuman baji (cleft graft) dan cantuman mata tunas(bud grafting) amatlah berkesan dan mudah serta cantuman yang dibuat cepat pulih…… Search je kat Youtube.com . Insyaallah pandai….


 Pokok muda (6bulan keatas) Boleh dipilih sebagai pokok penanti (rootstock) kerana selnya akar giat berkembang dan selnya Kulit dan batangnya cepat pulih apabila dilukai semasa proses camtuman waimma ketika kena serangan perosak..…

Sel Pokok Matang yang telah terbukti mempunyai kualiti buah yang terbaik pula dipilih sebagai Pokok klon yang akan menghasilkan buah.

Sel Pokok Matang mengandungi maklumat  DNA yang penuh dan tepat daripada pokok induk .Mungkin 100% maklumat DNA pokok induk akan diwarisi.. Oleh sebab itu, buah yang akan dihasilkan nanti Insyallah (dengan Izin Allahu Subhanahu Wata`ala) sama kualitinya…

Paling penting tentang sel Pokok Matang ni ialah Mengandungi Maklumat DNA UMUR sel Pokok asal..… Jadi bila kita kawinkan pokok .ini bermakna kita menukar  status DNA umur anak pokok yang baru berusia 6bulan kepada usia DNA sel pokok yang telah matang seperti  5tahun atau 10tahun….Kesannya pokok temperate atau pokok buah-buahan tempatan kita akan cepat berbuah jika digraftkan ..klu pokok lai / pokok pear dan pokok plum lebih kurang 2 – 3tahun dah boleh berbuah.




Bayangkan Sifu sy sanggup pegi Canada hanya untuk mengambil batang pokok plum untuk di graftkan dengan pokok kat rumah dia…Bila dah sampai kat KLIA kena check dalam beg ada batang pokok.Diorang ckp kna rampas sbb xboleh bawak masuk pokok ke dalam Negara… Atlast sifu sy cakap,, batang pokok ni bukan nk tanam.tp just nak  ubat..then baru lepas…  see you Whats kind of our policy??

Klu tuan-tuan xpercaya tuan-tuan boleh check kat internet sejarah Tuan Ladang Pokok Epal di Bakalalan…http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/215-usahawan-tani/3783-rahsia-epal-bakelalan.html Dia sendiri mengaku telah menyeludup pokok epal dari Malang Indonesia untuk di kawinkan dengan pokok epal liar…You see ..our policy xbagi perkara tu berlaku..But at the end, Ladang Pokok Epal Bakalalan Sabah sekarang di puji-puji sebab kejayaannya mengusahakan tanaman epal…


KENAPA PERLU KAWIN POKOK?


Bismillahi Ar-Razak

Kawin Pokok… Cantuman Pokok……(Grafting Tree)..

Kali ni saya nak kongsi sikit pengetahuan saya tentang grafting … Orang kampung saya kat utara sebut kawin pokok ja…

Kenapa perlu kawin?

Proses graft pokok ni sgt penting bagi pokok tanaman ..terutamanya pokok-pokok temperate  . Tanpa grafting atau cantuman , Pokok yang kita sayangi mungkin xdapat menghasilkan buah dan bentuk pokok yang kita idamkan.. Pokok tanaman yang tidak dikawinkan akan mengambil masa yang terlalu lama untuk berbuah berbanding pokok tanaman yang telah dikawinkan dengan prosedur yang betul.

Sebagai pokok epal yang ditanam melalui biji dan tidak digraftkan akan mengambil masa untuk matang dan berbuah dalam masa lebih kurang 8-10 tahun..Selaintu juga, saiz pokok epal tadi akan tumbuh merimbun dengan kanopi yang besar dan terlalu tinggi mencapai awan-awangan…hehe.. 

Bila dah jadi mcmtu byk masalah yang akan timbul…Klu dah tinggal kat area single storey house mcmmana nak tanam pokok yang besar dan tinggi? maybe sapa-sapa yang mempunyai rumah Corner lot ok kot….Lagi satu masalah ,bila dah pokok tu tinggi susah kita nk buat proses prunning (proses peniruan musim luruh)atau pun proses memaksa pokok kita supaya berbuah….nnti  Insyaallah kita akan sembang fasal prunning plak..

Selain tu jugak pada post yang lalu saya tulis tentang proses penyalinan kod DNA sel sesuatu pokok kepada sel biji buahnya mungkin terganggu dan berubah…Jadi sapa-sapa yang fhm hal ni akan mendapati pokok yang ditanam biji sepenuhnya sehingga matang mungkin akan menghasilkan buah yang masam dan saiz yang agak kecil berbanding buah pokok induk..Jadi cara terbaik ialah dengan cantuman antara pokok tanaman..

MEMILIH BUAH DAN BIJI TEMPERATE UNTUK DISEMAI


Keadaan Buah dan biji

Seperkara lagi, kita mesti check keadaan bentuk fizikal buah. Pilih buah yang bentuk sempurna . Kalau boleh mesti pilih buah yang paling besar. Menurut sifu yang ajar saya . Buah yang paling besar merupakan buah yang paling  sihat dan menerima nutrien yang paling maksimum daripada pokoknya. Biasanya  buah yang paling besar ni tumbuh di dahan-dahan utama.

Oleh sebab itu, penghasilan atau penyalinan DNA sel pokok kepada sel biji benih buah yang paling besar akan berlaku dengan baik berbanding buah yang kecil. Pengurangan dan perubahan Sel DNA  sesuatu pokok tumbuhan kerap kali berlaku…. Sel DNA yang saya cakapkan ni macam DNA tempoh kematangan pokok ,sel kemanisan buah, ketinggian , kesempurnaan bentuk pokok hatta proses penghasilan sel pendebungan sesuatu pokok....  

Kesimpulannya, hasil buah dari pokok yang ditanam sepenuhnya dari biji akan ambil masa yang lama untuk matang.dan menghasilkan kualiti buah yang xboleh dijangka, kesan dari perubahan dan ketidaksempurnaan penyalinan kod DNA kepada sel Biji buah…..

 Sebabtu Orang-orang kampung  dulu tanam pokok durian dari pokok yang buah sedap dari benih. Diorang  Semai biji lepas itu tanam sampai 10tahun baru berbuah dan kadang-kadang rasa rasa x sama dengan pokok induk. Ada pokok yang buahnya rasa sedap dan sebaliknya..Subhanallah. Mungkin itu keajaiban Allah memperlihatka kekuasaannya….tp Dalam hal ni kita boleh berusaha untuk mendapatkan hasil  baik. Tak ke gitu boh?


Petani-petani kat China ,mereka Pilih Buah yang paling sempurna bentuknya . Paling manis rasanya dan keadaan biji yang tidak cacat. Selain tu, diorang akan pilih buah yang mempunyai tangkai yang paling kuat untuk dijadikan stock benih anak pokok…Jika buah itu kelihatan cacat ,itu mungkin bermaksud nutrien dan penyalinan sel DNA agak terganggu.

Semua kriteria ni diorang ambil kira untuk menjaga kualiti dan untuk memperbaiki kualiti variety buah mereka..


Bila dah dapat buah yang terbaik, bolehla terus simpan di dalam freezer.Tolong ingat! Biji benih buah temperate xboleh sesekali di keringkan seperti benih sawi , kacang panjang….biji benih buah dan sayur-sayuran tempatan boleh di jemur dan dikeringkan untuk disimpan..Tp Biji benih temperate akan mati jika dikeringkan dan terdedah dengan panas.


Tuan-tuan  dan puan-puan..Saya nak ingatkan lagi..Saya ni bukan Ahli pertanian ,atau Ahli Botani. Saya Cuma Insan yang bekerja dalam bidang linguistik..Sekadar  nak kongsi apa yang saya tau.Klu Salah tolong tegur..jgn saman kat mahkamah k….

MEMILIH BENIH POKOK TEMPERATE YANG SESUAI


PEMILIHAN BENIH


Bismillahil Malikul `Azim

Pemilihan Benih Buah temperate..

Bila kita nak germinate biji buah-buah temperate ni , ada banyak perkara yang kita kena tengok..ada beberapa karektor  buah mesti  kita pilih. Sebab kita nk  tanam pokok yang hidup di kawasan yang x sama cuaca , musim suhu, dan altitud  negara kita.




Iklim negara asal Buah

Yang pertama …. Klu boleh kita beli buah temperate yang  berasal dari negara yang sedikit sebanyak sama dengan iklim negara kita. Senang cakap pilih buah dari negara  yang agak berhampiran  dengan khatulistiwa seperti  thailand dan indonesia. Selain itu amatlah digalakkan kita cari buah-buah temperate ni  dari negara-negara kawasan subtropika seperti China , Autralia, japan dan Afrika selatan. 

Spesis buah-buah temperate dari kawasan subtropika ni lebih sesuai hidup berbanding varieti dari kawasan lain. Sebagai contoh, varieti pokok epal dari thailand lebih sesuai dari varieti pokok dari washington.

Yes. Biji benih akan tumbuh juga..tapi at the end pokok  xtahan dengan penyakit bawaan serangga tempatan negara kita. Serangga Malaysia serang pokok Amerika .Agak-agak sapa kuat?.....Daripada pembacaan saya yang tersangat malas ni……. Ada juga sesetengah  varieti buah Strawbery ,epal dan Pear hanya akan menghasilkan sel bunga dan mengeluarkan  flowering bud (pucuk yang mempunyai putik buah) pada suhu ketika 16celsius… comfirm pokok yang kita tanam susah nak berbuah sebab suhu cuaca negara kita dalam 30celsius…..

So keadaan cuaca ,  suhu lokasi asal Pokok buah yang kita nak tanam sangat penting klu xnak kecewa…Semasa nak beli buah tu tengok-tengok dulu asal dari negara mana k……Karektor Biologi sesuatu pokok kita mesti kena tau.Baru kita leh jaga dia dengan baik  ….Mungkin sapa-sapa yang belajar Botani lebih Arif dalam hal ni….

Satu lagi locality buah yang terbaik ialah dari negara negara timur tengah seperti Mesir, Mekah dan Jordan..Pokok dari timur tengah amatlah tahan lasak dengan cuaca yang panas melampau . Elok sangatlah dengan cuaca negara kita. Pokok peach dan Aprikot antara variety yang kita boleh dapati dari sana..Klu ada pokok epal dan pear pun best jugak. Stakat ni saya xpenah jumpa kat shopping complex di Malaysia buah epal dan pear dari negara arab..Buah pear dari Pakistan saya penah jumpa..

Klu banyak duit sambil-sambil melancong tu bolehla beli buah atau anak pokok…tapi kita disini amatlah xmampu berbuat demikian buat masa ni..Klu mampu pun mungkin Anak pokok yang kita beli akan dirampas dan dibuang di Airport….sy pun hairan Knapa ada policy macamna. Camna teknlogi pertanian negara kita nak berkembang?..



Ok Let Me Suggest Buah untuk kita Semai…Sila ikut priority…. :)

1.       Epal              --------} Bakalalan (sabah) , Indonesia Thailand , , China, South Africa
2.       Lai / pear      --------}  Cameron Highlands dan Balik Pulau,  Japan, China , Korea
3.       Plum             --------}  China, Korea, Japan
4.       Aprikot         --------} Jordan , Autralia
5.       Peach            --------}  Jordan , US , Canada
6.       Fig (buahtin)  --------} Indonesia, China , Makkah Al Mukarramah
7.       Kiwi              --------} Thailand , mana-mana negara jelah.asal ada

Tuan-tuan dan puan-puan…  Senarai  Benih yang sy tulis ini agak sangat sesuai untuk di buat root stock (pokok penanti ikut bahasa pertanian ) yang sesuai untuk iklim negara kita… SCION stock (sel pokok tampang/tumpang) nanti kita sembang len…..

Cara Cambahkan Biji Pokok Epal / pokok Lai / pokok Pear



Bismillahirrahmanirrahim..

Saya mula dengan pokok temperate jenis spesis Pokok Epal dan Seumpama adik beradik dengannya like Pokok pear dan Pokok Lai. Saya tak tau jenis or nama botani spesis ni sebab saya tak penah belajar tentang pokok, biologi or sains pertanian. I'm Just  a Teacher in Chinese School.! Cuma hanya ada minat dan pengetahuan yang terlalu sedikit untuk di kongsi bersama.



  1. Beli buah temperate yang cukup masak dan ranum.
  2. Potong buah / makan isi buah tu elok-elok / 
  3. Ambil biji buah tu simpan .
  4. Kemudian bungkuskan biji dengan beberapa helai tisu.
  5. Lembabkan tisu dengan air bersih dan simpan kedalam beg plastik/ bekas bertutup. Kita boleh guna Kotak ais krim nestle ataupun tupperware bagi sapa-sapa yang kaya.
  6. Pastikan biji benih tadi lembab. Tolong jangan letak air banyak sangat
  7. Dan tolong pastikan plastik atau bekas simpanan tu tertutup .kalau tak benih anak mati bila kering.
  8. Simpan dalam peti ais sehingga biji epal tu germinate.((bercambah)..
  9. Biji Epal paling cepat bercambah.Paling saya pernah test dalam 20 hari .Biji buah Lai dalam 4minggu lebih kurang.


                                       
P/s :

Tuan-puan sekalian, dalam Sekali-sekali seminggu skali you all mesti tengok biji tu dah bercambah ke belum. Kalau dah bercambah dan  akar dh mula keluar boleh la terus semai kat bekas semaian.

Semasa nak tengok bij benih kat  dalam freezer ,make tangan kita bersih. Serangan fungus dan kulat boleh merosakkan biji benih....

klu nak puas hati tuan-puan semua bolehlah menggunakan hormon pencambahan biji benih.Tapi bg saya xperlu sangat.sbb kita nk hasilkan pokok yang baik . Biji benih yang baik xperlukan hormon-hormon tambahan. Di Peringkat menyemai biji benih ,Kita hanya perlukan Doa dan Harapan Kepada Allah S.W.T. Bukankah Allah yang Menghidupkan dan mematikan sesuatu :) Aminn......



1. Bungkuskan Biji Epal Dalam Tisu
2.  Lembabkan tisu
                






3.   Biji Benih Disimpan dalam Bekas kedap
3.    Simpan dalam Tupperware pun Boleh
                



4.    Simpan Dalam Freezer sampai keluar Akar
5.    Seminggu skali check . Klu perlu tukar tisu baru.




      Simpan biji dalam peti ais dalam suhu 16-20 celcius sehingga germinate.. seminggu sekali mesti check...Tempoh Paling lama 6 bulan ( stone fruit)  .Sesetengah Variety Buah Temperate telah di letakkan hormon untuk menghalang biji-biji buah bercambah.Ini untuk mengelakkan buah keluarkan ladang mereka mudah rosak dan cepat buruk semasa dijual dikedai-kedai..Jadi...Kena tunggu lama sikitlaa baru nak bercambah.

 


Selamat mencuba....................


Monday, February 18, 2013

ANaK bEniH EpAL & Lai Dah TuMbuH


Alhamdulillah...Macamni la rupanya biji epal dan biji buah lai dan pear yang mula germinate.


Selepas 20 + hari

Mata akar dah mula keluar
Selepas 20 hari di semai dalam freezer.



Bila dah akar mula keluar boleh terus disemai ke bekas semaian. Medium semaian paling terbaik kita boleh guna Holland peatmoss .Saya just guna coco peat ja . Kekadang saya hentam je guna tanah apa pun. Yang penting mesti peroi dan xtakung air. Baby pokok lemah sikit...Seperkara lagi mesti make sure medium tu banyak bahan kompos dan bebas dari fungus dan parasit.


Klu nk guna cocopeat yang beli kat nursery tu mesti basuh banyak kali  sikit. Then tambah baja kompos. Kita boleh juga guna kaedah slury / slary iaitu rendam medium cocopeat dengan baja tahi ayam (pastikan yang telah diproses).selepas 2 atau 3 hari keringkan. Biasanya dalam nisbah (Peat : baja tahi ayam) (1kg : 100gram).Selepas seminggu dah boleh guna.....




Klu guna Holland peatmoss tu mmg terbaik.sebab medium tu mmg khas untuk pertumbuhan biji benih yang optimum. Dia punya nutrien sudah diukur dengan tepat untuk anak pokok yang baru  tumbuh..  


Seperkara lagi..semasa semai biji benih , pastikan dalam tanam terlalu dalam.  Paling terbaik 3cm dalam medium.



Selepas 7 hari di semai


Anak Pokok Lai Umur Seminggu
           
                  Anak pokok  Epal berumur Seminggu




Selepas  30 hari disemai

Pokok  Epal Umur 30 hari



Pokok  Epal 30 hari
 
Pokok Lai Umur 30 hari


Pokok Lai Umur 30 hari

 
Pokok Lai Umur 30 Hari





Selepas 40 hari disemai

Pokok Lai Berusia 40 hari. Tanam bersama dengan pokok kunyit..

HOBI POKOK TEMPERATE

Assalamualaikum W.B.T



Tujuan blog ni untuk berkongsi dgn kwn2 semua yang sama minat tentang pokok temperate yang tak banyak  orang kita tanam dan jaga.

ok saya xnak tulis byk2 sbb sy mmg xtau menulis blog. Lebih  senang straight foward to the point.


Dalam blog ni saya nk crita tentang pokok temperate atau senang cakap pokok-pokok buah luar negara  seperti pokok Epal.pear, Peach dan Fig atau dikenali buah Tin dalam kalangan kita..


Tak boleh hidup / tak sesuai.


"Mana boleh hidup boh,klu hidup pun tak lama ,klu hidup lama pun gerenti tak berbuah. klu berbuah pun confirm buahnya masam"


Perkataan dan ayat-ayat  ni dah lama menipu kita termasuk saya sejak saya umur 8 tahun dulu orang-orang dewasa termasuk ayah saya sendiri. Tapi tak boleh nak salahkan mereka sebab diorang pun xtau.


Sebenarnya pokok temperate mmg boleh tumbuh dan hidup subur dan berbuah manis. klu xpercaya jemput la datang ke rumah saya di taman ungku tun animah Skudai Jb. Ni no tel saya :0167577559..Saya bawa pi tengok kat mana pokok temperate yang hidup subur dan berbuah..Ok...



Tak suka kongsi ilmu sebab Duit


Masaalah orang kita mmg susah nk kongsi ilmu yang Allah kurniakan kepada orang. Tambah-tambah pulak ilmu tu sangat baik dan boleh menguntungkan diri... Kenapa kita tak boleh ikut dan tiru sifat dan  sikap Nabi junjungan kita Muhammad Al Amin iaitu Amanah dan Tablig (menyampaikan ilmu/akhlak). 

Sebagai contoh, kita tanya seseorang tu how to make something yang dia mmg tahu dan pandai buat, maybe dia akan cakap xboleh ini rahsia family turun temurun or kalau dia bagi tau pun maybe ada satu bahan dia tak bagi tau ataupun proses buat yang salah dan tak sempurna.

Paling xpuas hati tentang hobi gardening. Kira-kira 4 tahun dulu popular tentang tanaman secara fertigasi. Saya search kat internet about fertigation system. Bila search kat web orang kita , ini jawapan yang kita akan dapat...sapa-sapa yang nak tahu tentang sistem ni boleh daftar nama kita akan buat kursus fertigasi untuk 2 hari  dan bayaran anggaran dalam rm200 something...nilah sikap orang kita yang alim/arif lagi bijaksana tentang ilmu tanaman.

Minta maaf kawan-kawan sebab melalut. Ini luahan perasaan yang terpendam selama 27 tahun hidup kat muka bumi Allah ni.