Saturday, February 23, 2013

Cara Cepat tanam pokok Plum

Dengan Nama Allah yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui...





Baru-baru ni saya dapat ilmu baru tentang Hobi  pokok Temperate... Bagi saya , ilmu yang baru dapat tu amat berguna kepada saya.. Sebab itu sy terpanggil untuk kongsi sama-sama dalam post kali ni..


Ramai orang suka tanam pokok...Tapi ramai jugak orang xsuka tunggu pokok untuk berbuah...


Pokok temperate ni amat sensitive dan tidak tahan lasak dengan keadaan cuaca kita..Cara paling terbaik mengatasi masalah ini ialah dengan mencari spesis pokok tempatan negara kita  untuk dijadikan (pokok penanti) rootstock. Sebab spesis tempatan amatlah sesuai dan mampu menahan suhu iklim negara kita dan makhluk perosak tempatan..

Amatlah malang sekali pokok epal spesis tempatan dan pear xpenah wujud dinegara kita..klu kat negara-negara luar..Hutan-hutan mereka dipenuhi dengan spesis-spesis liar pokok epal dan sebagainya.

..
 (Plum Blossom Vs Plum)


Tuan-tuan dan puan boleh try Guna  Pokok Plum Blossom atau dikenali pokok bunga peach Sebagai Pokok Rootstock utk pokok plum tuan-tuan .

Ni Rupa Pokok tu..
 Gambar dari sumber  http://mygardendirectory.blogspot.com


Korang Boleh refer website nie tentang spesis pokok bunga plum ni. http://en.wikipedia.org/wiki/Prunus_mume


Klu pegi Nursery Ckp kat Tokei Nursery sy mau Pokok Mei Hua..Pokok jenis ni tergolong jugak dalam spesis pokok plum...So Boleh dikawinkan..Insyaallah Ngam.....

Klu tuan-tuan bernasib baik..Pokok Plum Blossom yang dijual tu telah dikawinkan dengan pokok plum liar..Biasanya pokok plum blossom yang diimport dari China menggunakan pokok Plum liar sebagai rootstock bagi pokok Plum Blossom. So kita boleh kawinkan  dan plum kat batang rootstock plum liar atau pun kat batang plum blossom tu...So xpayah lagi nk semai biji benih lagi...

Peladang-peladang kat China menggunakan pokok plum liar sebagai pokok penanti disebabkan tahan lasak dengan penyakit dan perubahan iklim yang ekstream..

Klu sapa-sapa yang suka melihat pertumbuhan dan step tumbesaran pokok-pokok bolehla abaikan step dan   kaedah ni....P/s ..Saya lebih suka tengok pokok dari kecil sampai dia besar...Feeling lebih sikit...



skrg ni tgh usaha nak cari pokok tempatan negara kita apa yang sesuai untuk di jadikan rootstock apple dan pokok lai... Agak-agak Pokok Mulberi boleh x?Sikit masa lagi sy akan try eksprimen.Klu berjya nnti sy bgtau.




7 comments:

  1. Alhamdulillah plum pun dah mula bertunas :)

    ReplyDelete
  2. tahniah saudara...tunggu umur 6 bulan keatas..kita graftkan pokok tuan..insyaallah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuan Hamadi.pokok plum mesti tanam lebih dr sepokok.sbb dia menghasilkan buah dengan cara cross polination..perkahwinan silang..ntah ejaan betul ke x?>... semai bayk sikit,ada lebih bg sy sikit..hehe

      Delete
  3. betul ke..sya semai sebiji je..sja suka2 sejak terjumpa blog ni..rendam dgn Ge3 + hormon pengalak pertumbuhan mata tunas yg org dok guna buat rendam padi..( cuba nk bereksperimen)Alhamdulillah xsampai sebulan dah kuar mata tunas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm cantik,..satu lg ilmu baru..nnti sy call my father minta ge3 dan hormon tu.ayah sy tanam padi kat kedah..mintak tlg poskan ke johor bahru.thanks for your info

      Delete
    2. opps silap bukan ge3 tapi GA3..gabrelic Acid

      Delete
    3. ok.xpa.yg pasti hormon pertumbhan benih padi .kira fhm dh.

      Delete