Thursday, February 21, 2013

SUMBER SEL POKOK TEMPERATE MATANG UTK DI GRAFTKAN





Cari, Mintak, Merayu , Menangis atau beli ranting Pokok Temperate (Fruitstock)

Jika tuan-tuan pergi melancong ke luar Negara tempat asal variety pokok temperate jangan lupa pergi cari or mintak or beli ranting-ranting Pokok temperate yang dah matang bawa balik ke Malaysia…Pastu graftkan dengan pokok root stock yang tuan-tuan telah semai lebih 6bulan keatas..

KLu tuan-tuan xpandai buat graft , kita bawak ke anak pokok kita ke nursery tempatan.then upah pekerja nursery tu graftkan untuk kita….kan mudah keja tu….Tp alangkah nikmatnya jika kita sendiri yang buat…kita semai biji .kita yang kawinkan pokok kita. Lepastu kita tuai buah yang kita tanam sendiri….Subhanaallah..


Klu kita p China lebih baik masuk ke kawasan-kawasan kampung. Mintak je ranting kat penduduk kampung Insyaallah diorang bagi…Tp klu boleh lebih baik tuan-tuan pergi pada musim sejuk. Sebab ranting pokok-pokok Temperate dan gugur daun dan pokok-pokok  tgh rest or hibernate untuk tempoh satu musim..

Klu stakat pokok epal dan Lai. Tuan-tuan dan puan-puan xpayahla sampai nak p Africa selatan…Kat Pusat pertanian MArdi Cameron ada..Dulu masa umur 16tahun sy wat muka kesian ja pergi bawak pokok epal saya ke pusat tu, Pastu merayu kat pekerja pusat pertanian Mardi suruh graftkan untuk saya. Tp skrgni xtau la .Korang kena pandai buat ayat manis kot..Sayangnya bila pergi belajar kat university pokok mati kerana tak dijaga dengan baik……………….

Ada kawan cakap Kat Cameron highlands ada sebuah hotel  yang tanam pokok Lai. Pokok tu besar dan hidup subur..Kawan saya minta ranting pokok tu .Dia dah graft, memang menghasilkan varieti buah yang manis dan besar..

 Bagi sapa-sapa yang tinggal kat utara boleh berkunjung ke Balik Pulau…Ada satu tempat tu dia buat taman buah-buahan tempatan….Kat situ ada beberapa pokok temperate seperti Shinko Lai dan Pokok plum.dan Pokok Epal..

Ingat! Target kita hanya nak ranting yang separa tua. Ranting atau mata tunas yang baru bertukar warna hijau ke warna coklat muda



Panduan mengambil  / menyimpan  Ranting Pokok Matang  dengan selamat.. ………..

·         Pilih Ranting yang sihat 
·         Potong ranting lebih kurang satu kaki  
·         Buang semua daun. Simpan pucuk yang paling hujung
·         Seal  dengan Cat di hujung keratan ranting. Apa-apa jenis cat. KLu time travel xde cat .Guna je butter marjerin.or keju kat hotel tu .Klu xder boleh guna tanah lumpur/tanah liat dikepal                                                                                                              
·         Balut dengan towel  / kain lembab. Tisu lembab pun boleh. Please jgn terlalu banyak air..
·          Seal dalam plastik bersih. Plastik wrap is the best                          
·         Option :: simpan ranting yang dah diseal dalam cooler beg… then ..Letak ais kiub ..

P/s…
Target paling utama yang perlu kita ambil berat ialah mengekalkan kelembapan cecair
dalam tisu ranting tu..Klu dah kering, sel tisu ranting atau mata tunas akan mati dan tidak dapat recovery selepas kita membuat camtuman mata tunas ataupun cantuman ranting……….

4 comments:

  1. Semua pokok buleh di buat graft ke?
    Kat rumah saya ada pokok jambu air jenis buah kecil. dah lama tanam dan selalu trim. sekarang batang utama berdiameter saiz bola futsal dan setingggi lebih kurang 1 meter. bahagian atas semua ranting kecil.
    Boleh ke saya buat graft pokok laici, lai atau epal dengan poko jambu air ni??

    ReplyDelete
  2. tidak semua pokok boleh digraftkn. hanya pokok yang sama spesis dan keturunan dna yg sama sahaja boleh di gratfkn antra satu sama lain.palig mudah utk kenal pasti ialah bentuk dan jenis biji sama biasanay keturuann yg sama

    ReplyDelete
  3. amin ulu tiram10/27/2014 7:59 AM

    menarik..... baca ok tapi pratikal lagi okkk.
    saya respect ilmu yg dikongsi sama.....
    kat rumah saya ada sepokok mata kucing baka dr kelantan....dah 10 tahun kot...dah besar & rajin gak berbuah ..tapi bijinya besar. boleh tak saya pangkas semuanya n buat grafting dgn mata kucing pingpong?

    ReplyDelete