Thursday, February 21, 2013

MEMILIH BENIH POKOK TEMPERATE YANG SESUAI


PEMILIHAN BENIH


Bismillahil Malikul `Azim

Pemilihan Benih Buah temperate..

Bila kita nak germinate biji buah-buah temperate ni , ada banyak perkara yang kita kena tengok..ada beberapa karektor  buah mesti  kita pilih. Sebab kita nk  tanam pokok yang hidup di kawasan yang x sama cuaca , musim suhu, dan altitud  negara kita.




Iklim negara asal Buah

Yang pertama …. Klu boleh kita beli buah temperate yang  berasal dari negara yang sedikit sebanyak sama dengan iklim negara kita. Senang cakap pilih buah dari negara  yang agak berhampiran  dengan khatulistiwa seperti  thailand dan indonesia. Selain itu amatlah digalakkan kita cari buah-buah temperate ni  dari negara-negara kawasan subtropika seperti China , Autralia, japan dan Afrika selatan. 

Spesis buah-buah temperate dari kawasan subtropika ni lebih sesuai hidup berbanding varieti dari kawasan lain. Sebagai contoh, varieti pokok epal dari thailand lebih sesuai dari varieti pokok dari washington.

Yes. Biji benih akan tumbuh juga..tapi at the end pokok  xtahan dengan penyakit bawaan serangga tempatan negara kita. Serangga Malaysia serang pokok Amerika .Agak-agak sapa kuat?.....Daripada pembacaan saya yang tersangat malas ni……. Ada juga sesetengah  varieti buah Strawbery ,epal dan Pear hanya akan menghasilkan sel bunga dan mengeluarkan  flowering bud (pucuk yang mempunyai putik buah) pada suhu ketika 16celsius… comfirm pokok yang kita tanam susah nak berbuah sebab suhu cuaca negara kita dalam 30celsius…..

So keadaan cuaca ,  suhu lokasi asal Pokok buah yang kita nak tanam sangat penting klu xnak kecewa…Semasa nak beli buah tu tengok-tengok dulu asal dari negara mana k……Karektor Biologi sesuatu pokok kita mesti kena tau.Baru kita leh jaga dia dengan baik  ….Mungkin sapa-sapa yang belajar Botani lebih Arif dalam hal ni….

Satu lagi locality buah yang terbaik ialah dari negara negara timur tengah seperti Mesir, Mekah dan Jordan..Pokok dari timur tengah amatlah tahan lasak dengan cuaca yang panas melampau . Elok sangatlah dengan cuaca negara kita. Pokok peach dan Aprikot antara variety yang kita boleh dapati dari sana..Klu ada pokok epal dan pear pun best jugak. Stakat ni saya xpenah jumpa kat shopping complex di Malaysia buah epal dan pear dari negara arab..Buah pear dari Pakistan saya penah jumpa..

Klu banyak duit sambil-sambil melancong tu bolehla beli buah atau anak pokok…tapi kita disini amatlah xmampu berbuat demikian buat masa ni..Klu mampu pun mungkin Anak pokok yang kita beli akan dirampas dan dibuang di Airport….sy pun hairan Knapa ada policy macamna. Camna teknlogi pertanian negara kita nak berkembang?..



Ok Let Me Suggest Buah untuk kita Semai…Sila ikut priority…. :)

1.       Epal              --------} Bakalalan (sabah) , Indonesia Thailand , , China, South Africa
2.       Lai / pear      --------}  Cameron Highlands dan Balik Pulau,  Japan, China , Korea
3.       Plum             --------}  China, Korea, Japan
4.       Aprikot         --------} Jordan , Autralia
5.       Peach            --------}  Jordan , US , Canada
6.       Fig (buahtin)  --------} Indonesia, China , Makkah Al Mukarramah
7.       Kiwi              --------} Thailand , mana-mana negara jelah.asal ada

Tuan-tuan dan puan-puan…  Senarai  Benih yang sy tulis ini agak sangat sesuai untuk di buat root stock (pokok penanti ikut bahasa pertanian ) yang sesuai untuk iklim negara kita… SCION stock (sel pokok tampang/tumpang) nanti kita sembang len…..

3 comments:

  1. maaf, bakalalan tu kat sarawak... saya pernah ke sana. memang sejuk.. suhu sekitar 4-15C

    ReplyDelete
  2. Tuan/Puan,
    Pernah tengok pokok aprikot di Malaysia tak?

    Saya minat nak cuba tanam kalau terbukti boleh hidup dan mengeluarkan hasil

    ReplyDelete