Thursday, February 21, 2013

MEMILIH BUAH DAN BIJI TEMPERATE UNTUK DISEMAI


Keadaan Buah dan biji

Seperkara lagi, kita mesti check keadaan bentuk fizikal buah. Pilih buah yang bentuk sempurna . Kalau boleh mesti pilih buah yang paling besar. Menurut sifu yang ajar saya . Buah yang paling besar merupakan buah yang paling  sihat dan menerima nutrien yang paling maksimum daripada pokoknya. Biasanya  buah yang paling besar ni tumbuh di dahan-dahan utama.

Oleh sebab itu, penghasilan atau penyalinan DNA sel pokok kepada sel biji benih buah yang paling besar akan berlaku dengan baik berbanding buah yang kecil. Pengurangan dan perubahan Sel DNA  sesuatu pokok tumbuhan kerap kali berlaku…. Sel DNA yang saya cakapkan ni macam DNA tempoh kematangan pokok ,sel kemanisan buah, ketinggian , kesempurnaan bentuk pokok hatta proses penghasilan sel pendebungan sesuatu pokok....  

Kesimpulannya, hasil buah dari pokok yang ditanam sepenuhnya dari biji akan ambil masa yang lama untuk matang.dan menghasilkan kualiti buah yang xboleh dijangka, kesan dari perubahan dan ketidaksempurnaan penyalinan kod DNA kepada sel Biji buah…..

 Sebabtu Orang-orang kampung  dulu tanam pokok durian dari pokok yang buah sedap dari benih. Diorang  Semai biji lepas itu tanam sampai 10tahun baru berbuah dan kadang-kadang rasa rasa x sama dengan pokok induk. Ada pokok yang buahnya rasa sedap dan sebaliknya..Subhanallah. Mungkin itu keajaiban Allah memperlihatka kekuasaannya….tp Dalam hal ni kita boleh berusaha untuk mendapatkan hasil  baik. Tak ke gitu boh?


Petani-petani kat China ,mereka Pilih Buah yang paling sempurna bentuknya . Paling manis rasanya dan keadaan biji yang tidak cacat. Selain tu, diorang akan pilih buah yang mempunyai tangkai yang paling kuat untuk dijadikan stock benih anak pokok…Jika buah itu kelihatan cacat ,itu mungkin bermaksud nutrien dan penyalinan sel DNA agak terganggu.

Semua kriteria ni diorang ambil kira untuk menjaga kualiti dan untuk memperbaiki kualiti variety buah mereka..


Bila dah dapat buah yang terbaik, bolehla terus simpan di dalam freezer.Tolong ingat! Biji benih buah temperate xboleh sesekali di keringkan seperti benih sawi , kacang panjang….biji benih buah dan sayur-sayuran tempatan boleh di jemur dan dikeringkan untuk disimpan..Tp Biji benih temperate akan mati jika dikeringkan dan terdedah dengan panas.


Tuan-tuan  dan puan-puan..Saya nak ingatkan lagi..Saya ni bukan Ahli pertanian ,atau Ahli Botani. Saya Cuma Insan yang bekerja dalam bidang linguistik..Sekadar  nak kongsi apa yang saya tau.Klu Salah tolong tegur..jgn saman kat mahkamah k….

No comments:

Post a Comment