Monday, March 4, 2013

Cara Memaksa Pokok Temperate untuk Berbunga dan Berbuah..(pruning time)(pemangkasan pokok)


Bismillahirahmanirrahim.


Cara Memaksa Pokok Temperate untuk Berbunga dan Berbuah..(pruning time)(pemangkasan pokok)

Penanaman Pokok-pokok temperate agak memerlukan beberapa kaedah khusus untuk berbunga dan berbuah. Keadaan semulajadi dan karektor asal pokok temperate xberubah walaupun berada dimana sahaja dia tumbuh…

Klau kita faham karektor biologi sesuatu pokok mudah untuk kita mewujudkan suasana dan kondisi yang diperlukan oleh sesuatu pokok dan akhirnya mendapat hasil yang memuaskan.

Karektor pokok epal / pokok pear / pokok lai  dan plum

Karektor Spesis prunus ni seperti kebanyakkan pokok-pokok temperate ni ialah dia  memerlukan musim luruh (autumn season)dan musim sejuk (Winter season) untuk berbunga dan menghasilkan debunga pada musim bunga (spring season)   dan berbuah pada musim panas (summer Season) berikutnya

Masalah Negara kita xpenah pulak wujud iklim musim luruh dan musim sejuk. Jadi kita mesti tiru atau wujudkan suasana seperti dan seakan-akan musim luruh.. Bila tiba masa musim luruh semua daun-daun pokok temperate akan gugur .  Apa yang berlaku pada waktu ni, pokok temperate akan berehat dan tidak lagi menjalankan proses membuat makanan iaitu proses fotosintesis secara aktif.

Pada musim luruh jugak pokok-pokok temperate sedang mengumpulkan tenaga dan menghasilkan sel-sel penghasilan bunga jantan (sel polination) dan sel bunga betina (sel buah).

Nah, Iklim Negara kita sentiasa panas dan hujan hanya akan membuatkan pokok-pokok temperate terus menerus menjalankan proses fotosintesis sepanjang tahun. Jadi kita mesti  mencipta dan meniru suasana Musim Luruh dan Musim Sejuk kalau anda semua mahu pokok-pokok temperate anda berbunga dan berbuah.


Bila nak pruning atau pangkasa pokok temperate.?

Bagi pokok Pear/Lai / pokok epal / pokok peach  / plum masa yang paling sesuai ialah bila kita tengok pokok kita dah x kluarkan pucuk baru . pertumbuhan cabang dan ranting2 baru dah xada lagi.pertumbuhan pokok dah stop dan perlahan. Lepas tu beberapa  daun-daun muda gugur lebih awal dari daun yang dah lama.. itu bermakna pokok kita dah cukup ready nak berehat dan berbuah. Please Klu boleh jangan buat pruning semasa cuaca dan musim panas ..

Pokok pokok temperate ni klu kat Negara asal memang boleh dikatakan gugurkan daun mengikut masa yang  tetap. Tapi klu di Negara kita dengan cuaca yang xmenentu, tunning pokok temperate ni dah xteratur bila dia nk rest dan ready untuk berbunga.So kita kena perlu alert perhatikan dan tengok sifat-sifat pokok kita tu. Pokok Temperate mesti rest sebab nk kumpul nutrien untuk push flowering bud(tunas bunga).


Cara Pruning.

   2 minggu Sebelum  pruning kita perlu letakkan baja pembuahan npk 12:17:12:te/mg . Lepastu Kita perlu tolong pokok kita menggugurkan kesemua daun-daun dan kalau perlu sebahagian ranting-ranting pokok yang tidak perlu untuk mewujudkan suasana seperti dan seakan-akan musim luruh. Potong semua daun-daun pokok dan potong ranting-ranting sampingan yang tumbuh untuk mengurangkan penggunaan baja yang maksimum kepada pokok.

      So bila tanam pokok temperate ni saiz dan ketinggian pokok kita kena control. jangan biar terlalu besar dan tinggi.Klu dah melayut tinggi mmg sakit pinggang la korang nak panjat dan buang semua daun-daun yang ada. Setting pokok kita tinggi agak2 paras 2.5 hingga 3.5 dari tanah dah  cantik la tuh.

Bila dah potong dan buang semua daun alihkan pokok temperate ke kawasan yang kurang cahaya matahari dan sejuk.Letak je kat bawah bumbung parking kereta atau bawah naungan pokok rendang seperti pokok durian atau rambutan. Proses ni mudah klu kita tanam pokok temperate dalam pasu.

Klu tuan-tuan tanam atas tanah xboleh nak alihkan. So tuan tuan boleh beli jaring hitam kat nursery dan tutup /melitupi semua pokok dengan jaring hitam tu. Siram pokok dengan kerap untuk mewujudkan suasana sejuk dan dingin kepada pokok.
Satu cara lagi kita perlu sejukkan tanah dan akar pokok temperate. Kita  boleh letak guni atau kain yang dilembabkan menutupi atas akar dan pangkal akar pokok. Klu tinggal kat kampung korang boleh guna batang pisang yang dicincang..

1.   Bajakan pokok 2minggu sebelum
2.   Buang semua daun
3.   Potong ranting-ranting sampingan
4.   Naungkan pokok. Suasana Redup
5.   Siram utk sejukkan
6.   Sejukkan akar dengan kain lembab

Cara pruning pokok spesis prunus ni lebih kurang sama ja dengan pokok anggur dan kiwi.


P/s : masa memangkas ranting dan dahan please jgn potong ranting dan dahan-dahan utama .Jgn salah potong. Ia akan melemahkan dan menggangu pertumbuhan pokok dan pokok mungkin akan terbantut dan lepastu mati. Klu step betul dan pokok memang dah cukup matang , insyaallah selepas dua atau tiga minggu pokok anda akan mengeluarkan pucuk baru dan tunas bunga yang cantik….






7 comments:

  1. saya ada tanam pokok persimmon ..dah tinggi sangat dah. mungkin sy boleh buat cara ini utk memaksa dia berbuah.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dh brapa tahun? Pokok awak? Klu awak nk gratfkan sy ada sel pokok persimmon yg dh mtg.Klu-berdekatan atau-kelapangan boleh dtg ambil Mata tunas .pokok ni mesti kawin debunga silang .cross pollination. Mksudnya mesti ada -atleast 2. Pokok'

      Delete
  2. kalau pokok delima mcm mene nk bg berbuah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokok delima maybe boleh bagi baja npk pembungaan seperti 12.12.17

      Delete
  3. Salam sy ada tanam pokok mangga tp dah 6 thn x berbuah apa nk buat?
    Ada cara nak atasi n bg bbuah tak?

    ReplyDelete
  4. Tuan, apakah cara terbaik untuk buatkan pokok longan yang ditanam hampir 4 5 tahun berbuah?

    ReplyDelete