Thursday, February 21, 2013

Cara Cambahkan Biji Pokok Epal / pokok Lai / pokok Pear



Bismillahirrahmanirrahim..

Saya mula dengan pokok temperate jenis spesis Pokok Epal dan Seumpama adik beradik dengannya like Pokok pear dan Pokok Lai. Saya tak tau jenis or nama botani spesis ni sebab saya tak penah belajar tentang pokok, biologi or sains pertanian. I'm Just  a Teacher in Chinese School.! Cuma hanya ada minat dan pengetahuan yang terlalu sedikit untuk di kongsi bersama.



  1. Beli buah temperate yang cukup masak dan ranum.
  2. Potong buah / makan isi buah tu elok-elok / 
  3. Ambil biji buah tu simpan .
  4. Kemudian bungkuskan biji dengan beberapa helai tisu.
  5. Lembabkan tisu dengan air bersih dan simpan kedalam beg plastik/ bekas bertutup. Kita boleh guna Kotak ais krim nestle ataupun tupperware bagi sapa-sapa yang kaya.
  6. Pastikan biji benih tadi lembab. Tolong jangan letak air banyak sangat
  7. Dan tolong pastikan plastik atau bekas simpanan tu tertutup .kalau tak benih anak mati bila kering.
  8. Simpan dalam peti ais sehingga biji epal tu germinate.((bercambah)..
  9. Biji Epal paling cepat bercambah.Paling saya pernah test dalam 20 hari .Biji buah Lai dalam 4minggu lebih kurang.


                                       
P/s :

Tuan-puan sekalian, dalam Sekali-sekali seminggu skali you all mesti tengok biji tu dah bercambah ke belum. Kalau dah bercambah dan  akar dh mula keluar boleh la terus semai kat bekas semaian.

Semasa nak tengok bij benih kat  dalam freezer ,make tangan kita bersih. Serangan fungus dan kulat boleh merosakkan biji benih....

klu nak puas hati tuan-puan semua bolehlah menggunakan hormon pencambahan biji benih.Tapi bg saya xperlu sangat.sbb kita nk hasilkan pokok yang baik . Biji benih yang baik xperlukan hormon-hormon tambahan. Di Peringkat menyemai biji benih ,Kita hanya perlukan Doa dan Harapan Kepada Allah S.W.T. Bukankah Allah yang Menghidupkan dan mematikan sesuatu :) Aminn......



1. Bungkuskan Biji Epal Dalam Tisu
2.  Lembabkan tisu
                






3.   Biji Benih Disimpan dalam Bekas kedap
3.    Simpan dalam Tupperware pun Boleh
                



4.    Simpan Dalam Freezer sampai keluar Akar
5.    Seminggu skali check . Klu perlu tukar tisu baru.




      Simpan biji dalam peti ais dalam suhu 16-20 celcius sehingga germinate.. seminggu sekali mesti check...Tempoh Paling lama 6 bulan ( stone fruit)  .Sesetengah Variety Buah Temperate telah di letakkan hormon untuk menghalang biji-biji buah bercambah.Ini untuk mengelakkan buah keluarkan ladang mereka mudah rosak dan cepat buruk semasa dijual dikedai-kedai..Jadi...Kena tunggu lama sikitlaa baru nak bercambah.

 


Selamat mencuba....................


22 comments:

  1. Sudah cuba dengan epal. 2 minggu je dah bercambah. Then tanam dalam bekas semaian, 3 hari dah keluar daun. Mmg seronok. Ingat nak try dengan pear pulak lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah. .tahniah Azila..dh boleh beli tanah tu 1 ekar. Buat ladang epal.

      Delete
    2. Saya buat dgn pear..lebih cpt dari Apple.X sampai seninggu dlm balang.skrg da kuar daun.blm semai lgi.I simpan do bilik beraircond.tak letak dlm peti sejuk.I guna air sejuk utk basahkn tisu.hopefully..ble hidup bila di semai.

      Delete
  2. saya pon dh try.. inspired dari blog ni.. skrg dh pindahkan benih tu ke tanah.. hopefully boleh hidup pokok2 tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhmdulillah ..terbaik..dah terer tu..tahniah..time baby mcm ni pasti kan beri baja organik shj..sbb sy dh try baja chemical. Anak Pokok mcm terbantut pertumbuhan dia...

      Delete
  3. Salam.. kelmarin saya beli epal merah, bila kupas, biji epal sudah bercambah. Sy tinggal di ipoh, jika sy semai benih di sini, adakah ia akan hidup? Sebab cuaca agak panas dan kadangkala hujan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasslm.xda masalh..nnti semai ja dlm peti ais..apa yg saya tahu kelebihan semai buah dr biji benih ialah pokok tu dpt sesuai kn diri dgn cuaca dan iklm di tempat yg disemai .cuma kesuaian itu pada aspek pertumbuhan dan tumbesaran. Tp kalau aspek pembuahan dan pembungaan itu bergntung kepasa nutrient dan tempoh matang pokok itu.tp soal pembuahan dan pembungaan boleh di atasi dgn cara graft / kahwin kan btg2 yg sudah matang berbuah kpd pokok semaian dr biji benih

      Delete
    2. Hahahahah.....nak try dengan pokok pisang kaki plak....hehehehe....lepas tau je trus buat............

      Delete
  4. Salam...pokok epal saya dah tumbuh lebih kurang 10 cm..b4 ni saya just letak dlm rumah dan cahaya yg kurang...apa yg perlu saya buat step seterusnya..

    ReplyDelete
  5. assalam.sy dh cuba cara dr dlm blog ni.. tK sampai seminggu biji dh kuar akar.. tak sabar nak tgk hasil dia bdaun huhuhu

    ReplyDelete
  6. salam akk dah tanam...sekrg dah tinggi 1 1/2 kaki..agak2 dlm cuaca dinegsra kita ni boleh berbuah x

    ReplyDelete
  7. salam akk dah tanam...sekrg dah tinggi 1 1/2 kaki..agak2 dlm cuaca dinegsra kita ni boleh berbuah x

    ReplyDelete
  8. kak nor.. macamana tanam pokok tu? dalam pasu ke atas tanah?

    ReplyDelete
  9. kak nor.. macamana tanam pokok tu? dalam pasu ke atas tanah?

    ReplyDelete
  10. Sye tanam biji buah pear dl m pasu 2 minggu dh kluar daun....seronok....try tanam satu dh jadi lepas ni nk tanam 2-3 pokok lagi

    ReplyDelete
  11. Saya pun ade tanam pkk pear dan pkk apple dr biji sekarang pkk dah tinggi tiga kaki

    ReplyDelete
  12. Sy pn dh mule minat nk tanam epal ni.. Baru 3 hari biji semai dlm tisu dh keluar akar.. Lps ni nk tanam dlm polibeg.. Nk tanye tanah jenis cmne ye nk guna utk semai biji epal ni nnti..

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah..biji benih epal sy pn dh bercambah slps 2 minggu..tinggal nak alihkan je ke bekas semaian..thanx info..sesuwai dgn sy yg pemaleh, juz ltk je biji benih kt tisu lembap,sumbt dlm bekas, letak dlm peti ais..simple and fast way pas potg buah epal :)

    ReplyDelete
  14. sesiapa yg pokok epalnya dah berbuah bolehlah share experience

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xberbuah tp dah berbunga dua kuntum..seronok rase

      Delete
    2. Pokok epal saya berbuah, tp proses dia mmg slow, mungkin sedang menyesuaikan diri dengan iklim di Malaysia kot. Mula2 berbunga 2-3 kuntum tp gugur tak jadi buah —> berbunga byk, gugur juga x jd buah —> berbunga byk, jd buah tp sebiji je dan terbantut, x membesar buah tu hihi —> Terkini (musim covid19), berbunga sgt byk dari sebelum ni, dan buah pun jadi lebih dr 10 biji. Harapnya tak terbantut la :)

      Delete
    3. Pokok epal tu tanam kat tanah ke yg dah start berbuah tu..

      Delete