Thursday, February 21, 2013

KENAPA PERLU KAWIN POKOK?


Bismillahi Ar-Razak

Kawin Pokok… Cantuman Pokok……(Grafting Tree)..

Kali ni saya nak kongsi sikit pengetahuan saya tentang grafting … Orang kampung saya kat utara sebut kawin pokok ja…

Kenapa perlu kawin?

Proses graft pokok ni sgt penting bagi pokok tanaman ..terutamanya pokok-pokok temperate  . Tanpa grafting atau cantuman , Pokok yang kita sayangi mungkin xdapat menghasilkan buah dan bentuk pokok yang kita idamkan.. Pokok tanaman yang tidak dikawinkan akan mengambil masa yang terlalu lama untuk berbuah berbanding pokok tanaman yang telah dikawinkan dengan prosedur yang betul.

Sebagai pokok epal yang ditanam melalui biji dan tidak digraftkan akan mengambil masa untuk matang dan berbuah dalam masa lebih kurang 8-10 tahun..Selaintu juga, saiz pokok epal tadi akan tumbuh merimbun dengan kanopi yang besar dan terlalu tinggi mencapai awan-awangan…hehe.. 

Bila dah jadi mcmtu byk masalah yang akan timbul…Klu dah tinggal kat area single storey house mcmmana nak tanam pokok yang besar dan tinggi? maybe sapa-sapa yang mempunyai rumah Corner lot ok kot….Lagi satu masalah ,bila dah pokok tu tinggi susah kita nk buat proses prunning (proses peniruan musim luruh)atau pun proses memaksa pokok kita supaya berbuah….nnti  Insyaallah kita akan sembang fasal prunning plak..

Selain tu jugak pada post yang lalu saya tulis tentang proses penyalinan kod DNA sel sesuatu pokok kepada sel biji buahnya mungkin terganggu dan berubah…Jadi sapa-sapa yang fhm hal ni akan mendapati pokok yang ditanam biji sepenuhnya sehingga matang mungkin akan menghasilkan buah yang masam dan saiz yang agak kecil berbanding buah pokok induk..Jadi cara terbaik ialah dengan cantuman antara pokok tanaman..

3 comments:

  1. As salam..nak tny, kalau kita tanam pokok epal dari biji, bila usia dia paling sesuai utk di graft ye? Dan saya baca ada byk jenis graft, yg mana sesuai...tringin nk cuba lepas ni...sbnrnya baru start tanam biji epal je, tak tumbuh lagi...=)

    ReplyDelete
  2. boleh tak beri objektif dan tujuan kenapa perlu cantuman tut,sisi,mata tunas dan baji dibuat dan pokok buah jenis apa yg sesuai utk cantuman tersebut.
    TQ

    ReplyDelete
  3. Terbaikkk..!Tkasih berkongsi ilmu dgn kami.

    ReplyDelete